JPJ Plate Number: Semak No Plate Kenderaan Terkini
Bagi orang ramai yang ingin membeli no plate atau no pendaftaran kenderaan mereka, mereka boleh menyemak menerusi Sistem JPJ Plate Number atau Semakan No Pendaftaran Terkini di laman web JPJ.
JPJ merupakan satu dari jabatan di bawah Bahagian Darat, Kementerian Pengangkutan Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1937, di bawah Enakmen Lalulintas 1937.
Jabatan ini bertanggungjawab menguatkuasakan Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi memastikan pemandu memandu dalam keadaan yang berhemah serta selamat.
Selain itu, jabatan ini juga menguruskan mengenai ahl ehwal berkaitan dengan nombor pendaftaran kenderaan di dalam Malaysia.
Spesifikasi Nombor Kenderaan
Terdapat 3 bentuk plat nombor pendaftaran kenderaan yang dibenarkan oleh JPJ iaitu:
- Huruf dan nombor berwarna putih yang dilekatkan atau di’embossed’ atas bingkai hitam.
- Huruf dan nombor berwarna putih yang dilekatkan atau di’embossed’ atas bingkai berwarna merah bagi kenderaan kedutaan, PBB dan International Natural Rubber Association.
- Huruf dan nombor berwarna hitam yang di’embossed’ atas bingkai berwarna putih bagi teksi atau kereta sewa.
Contoh ukuran plat kenderaan yang dibenarkan adalah seperti berikut:
Cara Semak No Plate Terkini
Untuk menyemak no plate terkini, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman web https://www.jpj.gov.my/web/main-site/semakan-nombor-pendaftaran-terkini.
- Pilih kawasan/negeri.
- Masukkan kod sekuriti yang ditunjukkan.
- Klik butang ‘Semak.’
- No pendaftaran terkini dipaparkan.
Info Lanjut
Info lanjut mengenai JPJ Plate Number, sila layari laman web https://www.jpj.gov.my/web/main-site/semakan-nombor-pendaftaran-terkini.