Advertisements

Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak 2024 (KEMAS)

Untuk maklumat anda, permohonan untuk mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanan bersama Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) bagi tahun 2024 telah pun dibuka bermula 3 November 2023 sehingga 17 November 2023 ini.

Bagi anda yang berminat untuk mengikuti kursus ini, ia akan dijalankan di institut/Pusat Latihan KEMAS. Kursus ini bukanlah satu jaminan kepada calon untuk dilantik sebagai kakitangan kontrak KEMAS.

Sekiranya dilantik, calon akan ditempatkan mengikut keperluan dan kekosongan di seluruh negeri. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kursus ini teruskan bersama kami sehingga ke penghujung artikel ini.

Tempoh Kursus

Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak ini akan dijalankan selama tiga (3) bulan (sebarang perubahan tempoh adalah tertakluk pada keputusan Jabatan) di Institut atau Pusat Latihan KEMAS.

Syarat Kelayakan

Bagi anda yang ingin mengikuti kursus sijil pendidikan awal kanak-kanak ini anda perlu memastikan anda telah memenuhi syarat-syarat kelayakan di bawah:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 21 tahun ke atas dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan
  3. Diploma akademik dalam bidang Pendidikan Awal Kanak- Kanak yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan
  4. (Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  5. Terbuka kepada:
    • Jurusan TABIKA (calon lelaki atau perempuan)
    • Jurusan TASKA (calon perempuan sahaja)
  6. Telah menamatkan pengajian dan mempunyai skrol diploma serta transkrip (telah selesai majlis konvokesyen).
  7. Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak menghidap penyakit yang kronik.
  8. Tidak berkhidmat sebagai kakitangan lantikan tetap atau kontrak (contract of service) dalam perkhidmatan awam.
  9. Aktif dalam aktiviti kemasyarakatan atau sukan.

Beli pensil warna buat anak-anak anda di Shopee dengan harga yang berpatutan.

Tarikh Permohonan Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Bagi anda yang berminat untuk mengikuti kursus bersama KEMAS ini, anda boleh melakukan permohonan di kis.kemas.gov.my bermula 3 November 2023 (Jumaat) sehingga 17 November 2023 (Jumaat) .

kursus-sijil-pendidikan-awal-kanak-kanak

Cara Permohonan Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Permohonan mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak ini boleh dilakukan dengan cara berikut:

  • Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian di kis.kemas.gov.my mulai 3 November 2023 (Jumaat).
  • Pemohon hanya boleh memohon satu jurusan sahaja.
  • Permohonan yang lewat diterima atau tidak mengikut syarat yang dinyatakan akan ditolak.
  • Hanya permohonan yang dibuat secara dalam talian sahaja yang akan diproses.

Untuk kaedah permohonan yang lebih terperinci boleh lihat dalam dokumen manual pengguna di bawah:

Maklumat Tambahan

Bagi anda yang menginginkan maklumat tambahan berkenaan Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak bersama KEMAS ini anda boleh terus ke laman rasmi KEMAS untuk mendapatkan jawapan.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: