Advertisements

UFUTURE UiTM: Objektif Portal & Cara Pendaftaran Akaun

UFUTURE merupakan portal pembelajaran secara atas talian untuk kegunaan bukan sahaja kepada para pelajar tetapi orang ramai yang dibangunkan oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Portal ini merupakan platform yang dibangunkan untuk menyampaikan kandungan pembelajaran dalam talian kepada individu yang ingin mengikuti kursus pembelajaran yang disediakan oleh pihak UiTM.

Portal ini telah digunakan seramai 185,976 pelajar, melibatkan seramai 9,616 tenaga pengajar, 5,908 kursus ditawarkan dan 941,295 kandungan pembelajaran dimuat naik menerusi portal ini.

Objektif Portal UFuture

Objektif utama pembangunan portal ini adalah untuk:

  • Meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran secara atas talian.
  • Bagi memenuhi gaya pembelajaran atau keperluan pelajar masa kini.
  • Bagi meningkatkan kebolehcapaian pengguna dan fleksibiliti masa pelajar dalam proses pembelajaran yang dijalankan.

Capaian Portal

Pengguna yang menggunakan portal UFuture UiTM ini boleh mendapat capaian berikut iaitu:

  • Kursus UiTM: Senarai program dan pendekatan pembelajaran komprehensif untuk pelajar sepenuh masa dan separuh masa di UiTM.
  • UiTM MOOC: Kursus online terbuka secara yang membenarkan akses kepada bilangan peserta yang ramai, interaksi yang berterusan dan akses bahan pembelajaran yang disediakan.
  • Micro Credential Courses: Kelayakan pensijilan bagi kemahiran dan pengetahuan khusus yang membolehkan individu kekal relevan dalam bidang mereka.
  • Online Degree: Pembelajaran atau kuliah dalam talian yang boleh diakses menerusi interaksi dinamik dengan professor dan rakan sekelas.
  • Short Courses: Kursus secara pembangunan profesional dan peribadi untuk meningkatkan kemahiran diri dalam kerjaya.
  • APEL: Proses secara sistematik untuk pengenalan, dokumentasi dan penilaian pengalaman terdahulu untuk mempercepatkan perjalanan untuk pengijazahan.

Cara Pendaftaran Akaun

Bagi anda yang tidak mempunyai akaun UFuture anda boleh melakukan pendaftaran dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman rasmi UFuture
  2. Tekan butang “Sign Up”
  3. Masukkan maklumat yang diminta dan klik “Sign Up”
  4. Setelah mendaftar, anda boleh Log in seperti biasa dengan memasukkan “Username” dan kata laluan yang telah ditetapkan.

*NOTA: Warga UiTM boleh login menggunakan akaun iStudent / iStaff/ SSO.

Manual Penggunaan UFuture

Setelah berjaya log in ke laman UFuture, pelajar boleh menggunakan laman ini bagi mengakses kursu-kursus yang dikehendaki.

Anda boleh lihat dalam manual yang disediakan di bawah bagi mengetahui cara penggunaan portal ini dengan lebih terperinci:

Maklumat Lanjut

Jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan berkaitan UFuture UiTM, anda boleh hubungi pihak bertanggungjawab dengan cara di bawah bagi mendapatkan jawapan:

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.