ePrasekolah KPM: Pendaftaran Kemasukan Prasekolah 2024/2025
Permohonan ke prasekolah bagi sesi 2024/2025 telah dibuka!. Permohonan / pendaftaran boleh dibuat secara online melalui sistem ePrasekolah KPM.
Semakan status penempatan bagi tahun 1 dan prasekolah bagi sesi persekolahan 2023 boleh dibuat mulai 5 Ogos 2023 di portal rasmi eprasekolah.moe.gov.my
Manakala semakan status kemasukan murid tahun 1 pula boleh dibuat melalui portal public.moe.gov.my bermula 1 Ogos 2023.
Permohonan Online ePrasekolah KPM 2024/025
Ibu bapa boleh login ke sistem permohonan bermula 1 Mac 2023 hingga tarikh tutup 31 April 2023.
Bagi permohonan online, layari portal rasmi MOE dan sila baca manual permohonan ini dengan teliti sebelum membuat permohonan.
Tarikh permohonan:
- Online: 1 Mac 2023 – 30 April 2023
- Manual: 1 Mac 2023 – 31 Mei 2023
Syarat Permohonan
- Kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja
- Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2018 hingga 15 Januari 2020 sahaja yang layak untuk memohon.
Pemohon hanya dibenarkan untuk memilih satu sekolah sahaja ketika pendaftaran.
Pihak sekolah mempunyai hak dalam pemilihan murid.
Proses Permohonan Online
Berikut merupakan proses permohonan online ePrasekolah KPM.
1. Layari laman sesawang eprasekolah.moe.gov.my
2. Daftar sebagai pengguna
Pastikan nama yang didaftarkan adalah nama penuh dan no mykad yang betul bagi mengelakkan sebarang masalah ketika pendaftaran.
Pastikan pengguna mengingati katalaluan dan tidak mendedahkan katalaluan kepada orang lain.
3. Log masuk
4. Klik borang permohonan prasekolah
5. Lengkapkan maklumat
- Pilih sekolah dipohon
- Pengesahan penjagaan oleh ibu/bapa
- Hantar permohonan
6. Cetak permohonan
Hantar cetakan borang permohonan beserta dokumen berkaitan ke sekolah dipohon selewat-lewatnya 31 Mei beserta dokumen berkaitan.
7. Kemaskini & semak keputusan online
Huraian status permohonan adalah seperti berikut:
- Menunggu Pengesahan: Cetakan borang permohonan dan salinan dokumen belum dihantar dan diterima oleh pihak prasekolah.
- Disahkan: Borang permohonan telah diterima dan salinan dokumen telah disahkan oleh pihak prasekolah.
- Berjaya: Permohonan telah berjaya dan ditawarkan tempat di prasekolah yang dimohon.
- Tidak Berjaya: Permohonan tidak berjaya dan boleh membuat rayuan.
Proses Permohonan Secara Manual
- Ambil borang permohonan di sekolah yang ingin dipohon
- Lengkapkan borang permohonan
- Sediakan dokumen yang diperlukan
- Hantar borang permohonan beserta dokumen berkaitan ke sekolah dipohon selewat-lewatnya 31 Mei
- Semak keputusan permohonan melalui sekolah yang dipohon
Semak Keputusan ePrasekolah
Seperti yang dimaklumkan, semakan status permohonan prasekolah 2023 boleh dibuat secara online atau manual.
Tarikh rasmi belum diumumkan, namun mengikut tarikh sebelum ini kebiasaannya keputusan akan diumumkan setiap 5 Ogos (tertakluk kepada pindaan).
Rayuan Permohonan
Bagi permohonan yang tidak berjaya, ibu bapa/penjaga boleh membuat rayuan semula melalui portal rasmi ePrasekolah dalam tempoh 2 minggu selepas keputusan diumumkan iaitu pada 5 Ogos 2023 sehingga 20 Ogos 2023 (sila rujuk manual pengguna untuk panduan).
Bagi ibu bapa/penjaga yang mengemukakan permohonan secara manual, rayuan boleh dikemukakan sama ada di sekolah yang dimohon atau Pejabat Pendidikan Daerah(PPD)/Pejabat Pendidikan Wilayah(PPW) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi negeri yang tiada PPD/PPW.
Keputusan rayuan boleh disemak melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my mulai 10 September 2023 (tertakluk kepada pindaan).
Bagi rayuan secara manual, semakan keputusan boleh dibuat di tempat rayuan dihantar. Ibu bapa/penjaga juga akan dimaklumkan oleh pihak sekolah yang berkenaan bagi rayuan yang berjaya.
Helpdesk
Sekiranya anda perlukan bantuan ketika proses permohonan, sila hubungi pegawai bertugas di talian:
- Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (Sektor Pengurusan Prasekolah)
- Jabatan Pendidikan Negeri (Unit Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Prasekolah)
- Pejabat Pendidikan Daerah / Pejabat Pendidikan Wilayah (Pegawai Prasekolah)
Atau anda juga boleh menghubungi kami melalui emel di alamat [email protected]