Advertisements

Caruman KWSP Kembali 11% Berkuatkuasa Januari 2018

Caruman KWSP (syer pekerja) sebanyak 8% yang bermula Mac 2016 akan ditamatkan bulan Disember 2017. Kadar caruman KWSP kembali 11% bermula Januari 2018 bagi pekerja yang belum mencapai umur 60 tahun dan 5.5 peratus untuk pekerja berumur 60 tahun ke atas.

Terdahulu, pengurangan kadar ini adalah berikutan pengumuman yang dibuat oleh Kerajaan pada 2016 semasa pembentangan Semakan Semula Bajet 2016 oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Caruman KWSP 2018

Majikan perlu memastikan amaun caruman yang betul dipotong daripada upah/gaji pekerja dan diremitkan kepada KWSP berdasarkan kadar caruman yang baharu ini.

Kadar caruman terkini bagi syer pekerja dan majikan boleh dirujuk di Jadual Ketiga, Akta KWSP 1991.

Ahli yang ingin mencarum melebihi kadar berkanun 11 peratus atau 5.5 peratus boleh mengemukakan Borang KWSP 17A (AHL) atau Borang KWSP 17AA (AHL).

Untuk maklumat lanjut, ahli dan majikan boleh merujuk laman web KWSP di www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000, atau kunjungi mana-mana cawangan KWSP terdekat.

Apa Itu Caruman?

Caruman adalah wang yang dikreditkan ke akaun individu ahli di KWSP.

Amaun tersebut terdiri daripada caruman pekerja dan caruman majikan dan dikira berdasarkan gaji bulanan pekerja.

Kadar caruman semasa adalah mengikut upah/gaji bulanan diterima.

Bagi pekerja yang menerima upah/gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah caruman pekerja sebanyak 11% dipotong daripada gaji bulanan mereka, manakala caruman syer majikan sebanyak 13%.

Bagi pekerja yang menerima upah/gaji melebihi RM5,000 caruman pekerja kekal 11% manakala 12% adalah caruman oleh majikan.

Dividen KWSP

KWSP memastikan simpanan anda selamat dan mendapat dividen yang berpatutan.

KWSP menjamin dividen sebanyak 2.5 peratus setahun.

Untuk memastikan bayaran dividen, KWSP melaburkan caruman anda melalui instrumen kewangan yang diluluskan bagi mendapatkan pulangan yang optimum.

Dividen dimasukkan ke dalam akaun anda setiap tahun.

Kadar dividen yang diisytiharkan oleh KWSP adalah tertakluk kepada pulangan pelaburan yang dibuat melalui instrumen-instrumen yang diluluskan.

Dividen Tahunan dikira berdasarkan baki pembukaan simpanan anda setakat 1hb Januari setiap tahun.

Dividen Bulanan pula dikreditkan ke akaun anda berdasarkan jumlah caruman bulanan yang diterima.

Pengeluaran KWSP

Ahli boleh mengeluarkan KWSP bagi tujuan membiayai pendidikan, perumahan, kos rawatan hospital dan sebagainya.

Untuk maklumat lanjut, layari 17 Jenis Pengeluaran KWSP Yang Perlu Anda Tahu.

Pembiayaan perumahan termasuk membeli rumah PR1MA.