Advertisements

Cara Jimat Bil Elektrik RM1,000 Setahun Dengan Aircond Baru

Penggunaan aircond di rumah lebih sinonim dengan kenaikan bil elektrik / TNB. Ada yang pasang aircond sebab tak tahan cuaca panas di Malaysia.

Ada yang masih berkira-kira untuk pasang aircond disebabkan bil elektrik yang melambung selepas pasang penghawa dingin di rumah.

Namun jika di pejabat, pemasangan aircond adalah satu kemestian.

Namun tahukah anda, dengan penggunaan aircond baru yang ada di pasaran, anda mampu jimat lebih RM1,000 setahun untuk bil elektik.

Ikuti perkongsian saudara M Firdaus Baharuddin ini.

Pastikan anda baca juga: Cara Block Video Tak Senonoh di YouTube Dari Anak-Anak

Cara Jimat Bil Elektrik Aircond

cara jimat elektrik aircond

Hari ni saya kongsikan bagaimana aircond jenis baru boleh bantu anda jimat bil TNB lebih RM1,000 setahun.

Saya ambil contoh ini untuk aircond jenama Panasonic 2.5hp.

Untuk aircond lama Panasonic, penggunaan elektriknya adalah 2.47kW sejam, manakala aircond baru pula, 1.97kWj. Saya bandingkan 2 jenis aircond ini dari jenis “non-inverter” ya.

Nampak sikit saja bezanya, kan? Hanya 0.5kW saja.

Bagaimana beza 0.5kW ini boleh berikan beza RM1,000? Macam tak kena je..

Ok, saya jelaskan dengan kiraan seperti di bawah:

  • Penggunaan harian : 12 jam
  • Penggunaan bulanan : 27 hari

Untuk jumlah kWj bulanan 2 jenis aircond ini:

  • Baru: 631.8 kWj
  • Lama: 800.3 kWj

Bil TNB bulanan dengan caj domestik (rumah) adalah:

  • Lama: RM342.00
  • Baru: RM250.00

*Beza: RM92.00

Bil TNB bulanan dengan caj komersil (pejabat) pula:

  • Lama: RM393.00
  • Baru: RM307.00

* Beza: RM86.00

Untuk bil tahunan, kita kali saja 12 bulan angka-angka di atas:

Domestik:

  • Lama: RM4,104.00
  • Baru: RM3,000.00

*Beza RM1,104

Komersil:

  • Lama: RM4,716.00
  • Baru: RM3,684.00

*Beza RM1,032.00

Ok jelas kan?

Mengikut pengalaman kami, sebuah pejabat biasa akan menggunakan sekurangnya 2 unit aircond berkuasa 2.5hp.

Bermakna setiap pejabat akan jimatkan bajet utiliti TNB lebih dari RM2,000 setiap tahun dengan menggunakan aircond jenis baru.

Biasanya aircond akan digunakan sehingga hayatnya 5 tahun (juga mengikut susutnilai accounting).

Ini bermakna setiap pejabat boleh jimat lebih RM10k untuk bil TNB mereka dengan aircond baru mereka ini.

Untuk pemasangan aircond baru 2.5hp, kita ambil average kosnya RM3,000 untuk sebuah aircond.

Jadi, setiap syarikat masih mampu berjimat lebih RM4,000 dengan pemasangan 2 unit aircond baru tersebut.

Ok, ini saja perkongsian saya kali ini berkenaan aircond anda.

Di dalam post selepas ini, saya usahakan untuk kongsikan mengapa aircond jenis baru boleh jimatkan bil TNB anda.