Orang ramai boleh mendapatkan diskaun saman trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebanyak 60% di Balai Polis kontinjen dan daerah seluruh negara pada 20 sehingga 31 Mac 2023.
Oleh itu, orang ramai yang ingin mendapatkan diskaun saman trafik PDRM boleh mengunjungi Balai Polis kontinjen atau daerah di seluruh negara atau melalui aplikasi MyBayar Saman.
Jenis Saman Layak Diskaun
Semua jenis saman trafik layak untuk menerima diskaun sebanyak 60% kecuali:
- Kemalangan
- Saman Non Compund (NC)
- Saman Bicara Mahkamah (bertanda ‘M’)
- Saman Berkaitan Kenderaan Berat (bertanda ‘B’)
- Saman ubahsuai ekzos (bertanda e)
- Saman memotong secara berbahaya atau potong Q
- Saman menggunakan lorong kecemasan
- Saman lampu isyarat merah
- Saman memotong di garisan kembar
- Saman berstatus waran
- Saman berstatus OP selamat
Lokasi Pembayaran
Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) akan memberikan tawaran pengurangan kompaun saman trafik secara dalam talian sehingga 60 peratus tertakluk kepada saman terpilih melalui aplikasi MyBayar Saman dan secara fizikal di semua kaunter bayaran trafik di Ibu pejabat Polis Kontinjen dan Daerah di seluruh negara bermula dari 20 Mac hingga 31 Mac 2023.
Orang ramai boleh mendapatkan diskaun dan membuat pembayaran saman di semua kaunter pembayaran trafik ibu pejabat polis kontijen serta daerah seluruh negara atau melalui aplikasi MyBayar Saman.
Kaunter pembayaran dibuka mulai 8:00 pagi pada 20 Mac 2023 sehingga 31 Mac 2023 sahaja.
Cara Semak & Bayar Saman Online Untuk Mendapatkan Diskaun
Saman trafik PDRM boleh disemak melalui kaedah berikut:
i) Portal MyBayar Saman
Orang ramai boleh mendaftar sebagai pengguna MyBayar Saman melalui :
- Portal – https://mybayar.rmp.gov.my
- Google playstore – https://play.google.com/store/apps/details…
- Apple store – https://apps.apple.com/my/app/mybayar-saman/id1552671016
- Huawei Appstore – https://appgallery.huawei.com/#/app/C104046205
ii) Melalui MyEG
- Layari laman web rasmi MyEG di https://www.myeg.com.my/
- Log masuk menggunakan butiran yang telah didaftarkan dan jika belum, sila daftar sebagai pengguna sila daftar dahulu),
- Pergi ke bahagian ‘e-Services.’
- Pilih semak saman PDRM
- Paparan saman akan dikeluarkan.
iii) Melalui SMS
- Taip POLIS SAMAN<jarak>No. Kenderaan atau No Kad Pengenalan
- Hantar ke 15888
- Tunggu sehingga makluman saman diberikan.
Info Lanjut
Info lanjut mengenai pengurangan saman ini, sila layari Facebook Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM iaitu https://www.facebook.com/JSPTPDRM.