Advertisements

e-Reporting PDRM: Buat Laporan Polis Secara Online

Advertisements

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum ini telah memperkenalkan sistem yang membolehkan orang ramai membuat laporan polis secara atas talian menerusi e-Reporting.

e-Reporting adalah salah satu inisiatif PDRM untuk memudahkan orang awam membuat laporan polis secara online melalui internet di mana-mana sahaja pada bila-bila waktu.

Sistem ini disediakan hanya untuk membuat laporan polis bagi kes kehilangan dokumen atau barang yang tidak berkait dengan jenayah.

Orang ramai yang ingin membuat laporan polis secara online boleh melayari laman web https://ereporting.rmp.gov.my/index.aspx.

Jenis Laporan Polis

Jenis laporan polis yang boleh dibuat melalui sistem ini adalah seperti berikut:

  • Hilang/tercicir kad pengenalan.
  • Hilang/tercicir lesen memandu.
  • Hilang/tercicir kad kredit/ATM.
  • Hilang telefon bimbit.
  • Hilang komputer riba (laptop).
  • Hilang cukai jalan.
  • Pembantu rumah lari-Tujuan permohonan pembatalan permit pembantu rumah sahaja.
  • Kehilangan kerosakan peralatan atau dokumen akibat bencana alam.

Pengguna Sistem

Pengguna yang ingin menggunakan sistem ini mestilah mereka yang berumur 18 tahun dan ke atas yang mempunyai capaian internet.

Cara Penggunaan

Penggunaan sistem ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Layari laman web https://ereporting.rmp.gov.my/index.aspx.
  2. Klik ‘Daftar Pengguna’ dan isi maklumat yang diperlukan diikuti dengan butang ‘Daftar.’
  3. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan diikuti dengan butang ‘Login.’
  4. Semak butiran pengguna.
  5. Masukkan butiran kejadian.
  6. Masukkan keterangan kejadian.
  7. Hantar butiran laporan tersebut.
  8. Cetak dan pengguna akan menerima salinan laporan tersebut menerusi email.
  9. Bawa laporan polis tersebut ke agensi yang berkaitan.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai penggunaan e-Reporting, sila layari laman web https://ereporting.rmp.gov.my/index.aspx.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements