Wanita Negeri Kelantan yang ingin melakukan ujian saringan pengesanan awal barah payudara atau mamogram boleh mendaftar inisiatif Ujian Mamogram yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Kelantan.
Inisiatif Ujian Mamogram ini adalah inisiatif Kerajaan Negeri Kelantan melalui Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan dalam menggalakkan lebih ramai wanita di negeri tersebut menjalani ujian ini.
Ini juga dapat membantu wanita yang ingin menjalani kos ujian saringan ini kerana kos saringan terutamanya di klinik swasta adalah agak tinggi.
Menurut Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri, Datuk Mumtaz Md Nawi berkata, program itu akan dijalankan menerusi kerjasama yang dilakukan dengan Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian.
Beliau juga mensasarkan program ini dijangka akan memanfaatkan kira-kira 5,000 wanita di Negeri Kelantan dengan peruntukan sebanyak RM500,000.
Sambutan Program
Sebelum ini, program ini tidak mendapat sambutan di negeri tersebut atas dua faktor:
- Prosedur menyakitkan.
- Menghadapi kekangan masa.
Pelaksanaan Program
Menerusi program ini, kerajaan negeri akan menanggung kos saringan awal untuk melakukan mamogram.
Ketika melakukan saringan awal jika didapati terdapat ketulan dan simptom maka rawatan dan saringan kali kedua perlu dilakukan untuk mengesahkan sama ada ia benar-benar kanser atau tidak.
Cara Mendaftar
Wanita yang ingin mendapatkan inisiatif program ini boleh mendaftar menerusi Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita untuk mendapatkan tarikh bagi melakukan ujian di Hospital USM.
Pendaftaran boleh dibuat dengan menghubungi pihak urus setua di talian 09-747 6568 atau mengunjungi pejabat urus setia di alamat:
Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita,
Aras 2, Blok 2,
Kompleks Kota Darulnaim,
Kota Bharu, Kelantan.
Pertanyaan Lanjut
Pertanyaan lanjut mengenai inisiatif Ujian Mamogram ini, sila hubungi talian 09-747 6568 atau melayari laman web https://www.kelantan.gov.my/ untuk info.