Advertisements

PRE Negeri Perak 2022: Bantuan Penternak Ruminan & Ayam Kampung

Penternak ruminan dan ayam kampung di Negeri Perak boleh mendapatkan bantuan alatan, mesin, dan kursus menerusi Program Pakej Ransangan Ekonomi (PRE) Negeri Perak 2022 Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak.

Program PRE Negeri Perak 2022 ini turut mendapat kerjasama daripada Pejabat Exco Perladangan, Pertanian, dan Industri Makanan Negeri Perak yang wujudkan untuk membantu penternak ruminan dan ayam kampung meningkatkan pendapatan menerusi hasil ternakan mereka.

Penternak ruminan dan ayam kampung yang berminat boleh membuat permohonan menerusi borang permohonan yang disediakan pada atau sebelum 10 Jun 2022.

Bantuan Yang Ditawarkan

Bantuan yang ditawarkan menerusi program ini adalah seperti berikut:

  • 1 unit mesin penggaul makanan mudah alih (mixer).
  • 1 unit tong penyimpanan kedap udara.
  • Mengikuti Kursus Rangsuman Makanan Ternakan mengikut kategori ternakan masing-masing.

Syarat Permohonan

Penternak yang berminat perlu memenuhi syarat permohonan yang ditetapkan iaitu:

  1. Terbuka kepada rakyat Negeri Perak sahaja yang berumur 18 sehingga 65 tahun sahaja ketika permohonan di buat.
  2. Terbuka kepada penternak ruminan dan ayam kampung kecil-kecilan di Negeri Perak:
    – Ruminan: 25-100 ekor 
    – Ayam kampung: 100-499 ekor
  3. Keutamaan daripada golongan B40.
  4. Keutamaan kepada penternak ruminan yang mempunyai chopper machine.
  5. Mempunyai ID Premis Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak.
  6. Pemohon berupaya untuk melaksana dan mengurus projek dari segi kewangan dam tenaga kerja serta mempunyai sumber makanan untuk diproses menjadi makanan ternakan.
  7. Pemohon yang berjaya perlu bersetuju untuk dipantau oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak sepanjang tempoh pelaksanaan projek sekurang-kurangnya 2 tahun.
  8. Pemohon perlu merekod setiap kerja/aktiviti yang dijalankan dan melaporkan ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak melalui Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah sepanjang tempoh projek dijalankan (sekurang-kurangnya 2 tahun).

Cara Memohon

Penternak yang ingin membuat permohonan boleh membuat permohonan menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Muat turun borang permohonan di pautan berikut https://qrco.de/bd2XKE.
  2. Lengkapkan maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan tersebut.
  3. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  4. Hantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan ke Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah yang berkaitan.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

  1. Sijil Kursus Berkaitan Pemakanan ternakan jika ada (wajib).
  2. Salinan Kad Pengenalan Pemohon (wajib).
  3. Surat pengesahan pendapatan golongan B40 daripada penghulu mukim atau sesalinan surat tawaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2022).

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut mengenai PRE Negeri Perak 2022 Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak, sila hubungi Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah atau Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak di talian 05-5459111/05-5459122/05-5459133.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.