Advertisements

Anak Johor Prihatin: Bantuan Anak Yatim/Yatim Piatu Akibat COVID-19

Kerajaan Negeri Johor menerusi Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) akan memberikan bantuan kepada anak yatim atau yatim piatu akibat COVID-19 menerusi inisiatif Anak Johor Prihatin.

Inisiatif Anak Johor Prihatin merupakan salah satu inisiatif yang diumumkan kerajaan Negeri Johor melalui Bantuan Kasih Bangsa Johor sebelum sambutan Aidilfitri pada bulan April yang lalu.

Pemberian Bantuan Kasih Bangsa Johor adalah sebagai tanda penghargaan dan kasih kerajaan negeri kepada semua rakyat Johor, di samping menyedari ramai rakyat memerlukan bantuan dan sokongan.

Menerusi inisiatif Anak Johor Prihatin ini, YPKDT mensasarkan bantuan ini bakal memanfaatkan seramai 1,825 penerima di seluruh negeri tersebut.

Permohonan bantuan ini boleh dibuat menerusi borang permohonan yang disediakan oleh pihak YPKDT.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan bagi pemohon yang ingin memohon inisiatif ini adalah seperti berikut:

  1. Terbuka kepada Anak Warganegara Malaysia yang meninggal disebabkan COVID-19 di Negeri Johor.
  2. Terbuka kepada anak yatim dan yatim piatu berumur 1 hari hingga 21 tahun (masih bersekolah) lahir di Negeri Johor atau menetap di Negeri Johor.
  3. Permohonan adalah melalui waris si mati sama ada anak/ibu/bapa atau saudara mara terdekat.
  4. Sijil kematian ibu, bapa, atau penjaga yang tertera disebabkan COVID-19.
  5. Permohonan hendaklah menggunakan borang Anak Johor Prihatin (AJP) yang dikeluarkan oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) sahaja.
  6. Bagi permohonan yang berjaya, mereka perlu bersedia mengikuti program-program Anak Johor Prihatin di bawah YPKDT.

Cara Memohon

Bagi pemohon yang ingin memohon inisiatif ini, sila ikuti cara permohonan berikut:

  1. Muat turun borang permohonan di pautan http://ypkdt.org.my/wp-content/uploads/2022/05/BORANG-AJP-LATERS-2022.pdf?fbclid=IwAR2o-XafjK9FjVhEWJbVRDcRLaYWAdPyQFS_GIm__WR4yYck0nFHicj_QPE.
  2. Isi borang permohonan dengan lengkap.
  3. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  4. Hantar borang permohonan beserta dokumen yang diperlukan dengan lengkap di pejabat YPKDT daerah pemohon menetap.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk disertakan bersama borang permohonan adalah seperti berikut:

  1. Gambar berukuran Pasport
  2. Salinan Kad Pengenalan/MyKids/Surat Beranak pemohon.
  3. Sijil Kematian Ahli Keluarga Disebabkan Covid-19 (hanya pengesahan kematian berkaitan COVID-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sahaja terpakai untuk pengesahan bantuan khas ini.
  4. Penyata akaun bank.

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai inisiatif ini, sila hubungi:

  • Ibu pejabat YPKDT: 07-2666526
  • YPKDT Daerah Johor Bahru: 07-2666526
  • YPKDT Daerah Muar: 06-9538553
  • YPKDT Daerah Segamat: 07-9316469
  • YPKDT Daerah Batu Pahat: 07-4335949
  • YPKDT Daerah Kluang: 07-7720851
  • YPKDT Daerah Kota Tinggi: 07-8825101
  • YPKDT Daerah Mersing: 07-7997428
  • YPKDT Daerah Pontian: 07-6860578
  • YPKDT Daerah Kulai: 07-6623310
  • YPKDT Daerah Tangkak: 06-9788177

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.