Kerajaan Negeri Johor melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) telah memperkenalkan inisiatif terbaharu bagi membantu golongan sasar iaitu Bantuan Kasih Bangsa Johor (i-BERKAT).
i-BERKAT ialah program yang menawarkan sumbangan kit kesihatan kepada mereka yang berisiko/menghidap Kencing Manis dan Darah Tinggi serta barang keperluan bagi pesakit kronik/terlantar.
Inisiatif ini diharap dapat meringankan penderitaan pesakit-pesakit ini dan membantu meringankan beban mereka yang menghidap penyakit berkenaan.
Orang ramai yang layak dan berminat untuk memohon bantuan ini boleh membuat bantuan secara atas talian atau hadir ke pejabat YPKDT sebelum 31 Mei 2022 (Selasa).
Golongan Sasar
Golongan sasar yang akan menerima i-BERKAT adalah seperti berikut:
- Golongan B40: Ibu tunggal/wanita berpendapatan rendah/bapa tunggal/belia/remaja/kanak-kanak.
- Orang Kurang Upaya (OKU)
- Warga emas dan penyakit kronik/terlantar.
Syarat Permohonan
Terdapat 2 syarat permohonan yang perlu dipenuhi pemohon iaitu:
- Terbuka kepada semua warganegara Malaysia (B40, OKU, warga emas, pesakit kronik atau terlantar).
- Permohonan barang tertakluk pada kelayakan dan kelulusan.
Cara Memohon
Permohonan i-BERKAT boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:
- Klik pautan permohonan berikut iaitu https://forms.gle/haxhLCnqzHUTww2e8.
- Lengkapkan semua butiran permohonan yang ditetapkan.
- Muat naik dokumen yang diperlukan.
- Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang perlu dimuat naik atau dikemukakan di pejabat YPKDT ialah:
- Salinan kad pengenalan/Mykid/surat beranak.
- Salinan rawatan perubatan/pengesahan rekod kesihatan oleh pegawai perubatan (jika sakit/terlantar).
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai i-BERKAT, sila hubungi pihat YPKDT di talian 07-2666526.