Advertisements

Permohonan Insentif Seni Kewangan JKKN 2022 Sehingga RM15,000

Advertisements

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) telah membuka permohonan bagi NGO atau penggiat seni untuk memohon Insentif Seni Kewangan yang disediakan JKKN bagi tahun 2022.

Insentif Seni JKKN merupakan penjenamaan semula beberapa bentuk bantuan dan perkhidmatan sedia ada yang disediakan oleh JKKN kepada Badan Bukan Kerajaan (NGO) seni budaya dan penggiat seni budaya bagi menambah upaya mereka untuk melaksanakan program dan aktiviti berkaitan seni budaya.

Menerusi insentif ini, terdapat 4 insentif yang ditawarkan kepada NGO dan penggiat seni di dalam membangunkan dan mengembangkan seni budaya iaitu:

  • Insentif Seni Kewangan
  • Insentif Seni Ruang
  • Insentif Seni Kepakaran
  • Insentif Seni Promosi

Oleh itu, NGO dan penggiat seni yang berminat untuk memohon insentif kewangan ini boleh membuat demikian sebelum 27 Mei 2022 iaitu pada hari Jumaat.

Jumlah Insentif

Jumlah insentif yang ditawarkan kepada para pemohon adalah sehingga RM15,000.00 sahaja.

Skop Program

Skop program yang layak untuk memohon insentif ini adalah seperti berikut:

  • Pembangunan Kandungan
  • Pembangunan Kapasiti dan Sidang Keilmuan
  • Penyelidikan dan Pembangunan Seni Budaya
  • Pembangunan Modal Insan Seni
  • Program Jangkauan Seni Budaya
  • Program Penyemarakan Seni Budaya.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan bagi pemohon yang ingin memohon insentif ini adalah seperti berikut:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Bantuan kewangan berupa modal permulaan untuk menampung sebahagian kos program/aktiviti seni dan budaya.
  2. NGO seni budaya mesti berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) mengikut Akta Pendaftaran Pertubuhan 1966.
  3. Pemohon daripada Universiti Awam (UA) yang memohon hendaklah melalui Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM).
  4. Yayasan berkaitan seni budaya yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang bukan bersifat keuntungan boleh dipertimbangkan permohonannya dengan menyertakan dokumen tambahan (dokumen yang menyatakan Yayasan tersebut bukan bersifat keuntungan).
  5. Semua pemohon wajib mendaftar sebagai NGO seni budaya JKKN di dalam laman sesawang JKKN.
  6. Status pemohon mestilah masih aktif ketika tarikh permohonan dan program.
  7. Pertimbangan hanya kepada program yang dilaksanakan antara Mac 2022 sehingga 31 Oktober 2022 sahaja.
  8. Keutamaan pertimbangan adalah bagi program/aktiviti seni budaya yang berasaskan atau mengangkat seni, budaya dan warisan Malaysia.

Cara Memohon

Permohonan insentif ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web berikut http://www.jkkn.gov.my/ms/insentif-seni?fbclid=IwAR3YNKL_pTPRYsR_oVS-feE3zvfQyR9zDwY6Qa8tbUybfEZ0LYNhrmLBTUw.
  2. Muat turun borang permohonan di laman web tersebut.
  3. Isi borang tersebut dengan lengkap dan betul.
  4. Hantar borang permohonan tersebut kepada alamat berikut:

    Bahagian Pengukuhan Seni Dan Budaya (PS&B),
    Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara (JKKN),
    Aras 30, Menara TH Perdana,
    Lot 1001, Jalan Sultan Ismail,
    50250 Kuala Lumpur.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai insentif ini, sila hubungi 03-2614 8200.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.