Advertisements

Inisiatif Cetakan Perakuan Pendaftaran SSM Percuma Mangsa Banjir

Advertisements

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengumumkan usahawan yang merupakan mangsa banjir boleh memohon inisiatif Pengecualian Bayaran Bagi Cetakan Perakuan Pendaftaran Kepada Pemilik Perniagaan Yang Terbabit Dengan Bencana Alam.

Inisiatif ini diperkenalkan bagi membantu pemilik perniagaan yang terbabit atau terkesan dengan bencana banjir yang melanda beberapa negeri baru-baru ini untuk mendapatkan salinan cetakan sijil berkenaan tanpa sebarang bayaran.

Pengenalan inisiatif ini mampu meringankan beban mangsa banjir yang terjejas akibat kehilangan atau mengalami kerosakan dokumen semasa bencana banjir yang melanda di beberapa buah negeri baru-baru ini.

Oleh itu, usahawan yang terlibat dialu-alukan memohon inisiatif cetakan perakuan pendaftaran SSM ini dengan segera.

Tempoh Permohonan

Permohonan pengecualian bayaran cetakan perakuan pendaftaran SSM ini berkuatkuasa dalam tempoh 60 hari selepas berlakunya bencana banjir.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan bagi usahawan yang ingin memohon inisiatif cetakan perakuan pendaftaran ini mestilah hanya pemilik perniagaan yang terlibat/ terkesan dengan bencana alam di Malaysia sahaja.

Cara Memohon

Untuk memohon inisiatif ini, usahawan yang terkesan boleh hadir ke kaunter perkhidmatan SSM di seluruh negara untuk membuat permohonan.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Untuk senarai kaunter perkhidmatan SSM yang berhampiran, sila layari laman web https://www.ssm.com.my/bm/Pages/contact-us.aspx.

Dokumen Yang Perlu Dibawa

Dokumen yang perlu dibawa untuk memohon inisiatif ini ialah laporan polis atau dokumen berkaitan yang membuktikan bencana berlaku di premis perniagaan/alamat kediaman pemilik perniagaan tersebut.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif ini, sila layari laman web https://www.ssm.com.my/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements