Pemandu teksi dan pengusaha bas sekolah Pulau Pinang kini boleh memohon Insentif Pemandu Teksi dan Pengusaha Bas Sekolah Pulau Pinang 2022 daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Untuk makluman, insentif ini adalah sebahagian daripada program i-Sejahtera iaitu sumbangan penghargaan dan keprihatinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang berbentuk kewangan secara setahun sekali kepada pemandu teksi dan pengusaha bas sekolah di negeri tersebut.
Permohonan bagi Insentif Pemandu Teksi dan Pengusaha Bas Sekolah Pulau Pinang ini telah dibuka mulai 10 Disember 2021 dan akan ditutup pada 10 Januari 2022.
Syarat Permohonan
Syarat permohonan yang ditetapkan bagi permohonan insentif ini adalah seperti berikut:
i) Insentif Pemandu Teksi
- Pemohon merupakan warganegara Malaysia.
- Pemohon berdaftar dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).
- Memiliki Kad Pemandu yang masih sah tempoh laku.
- Menjalankan perkhidmatan teksi di Negeri Pulau Pinang sahaja.
ii) Insentif Pemandu Bas
- Pemohon merupakan warganegara Malaysia.
- Pemohon berdaftar dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).
- Memiliki Permit Bas Sekolah yang masih sah tempoh laku.
- Menjalankan perkhidmatan bas sekolah di Negeri Pulau Pinang sahaja.
- Pemohon individu/syarikat hanya layak memohon maksimum 2 permit bas sekolah sahaja.
Cara Mendaftar
Untuk membuat pendaftaran, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:
- Layari laman web https://isejahtera.penang.gov.my/index.php.
- Klik bahagian ‘Permohonan Baru dan Semakan Status.’
- Pilih Kadun pemohon dan klik butang ‘Klik Di Sini Bagi Memohon Program Bantuan Teksi & Bas Sekolah.’
- Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
- Kemudian, klik butang ‘Login Pemohon’ dan masukkan no kad pengenalan serta kata laluan.
- Isi maklumat permohonan dengan lengkap dan betul.
- Muat naik dokumen dokumen yang diperlukan.
- Lengkapkan permohonan sehingga akhir.
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan dan perlu dimuat naik adalah seperti berikut:
i) Pemandu Teksi
- Salinan kad pengenalan pemohon.
- Salinan kad Pemandu.
- Salinan penyata bank terkini/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon. (Sila pastikan nombor akaun bank yang dimuat naik masih aktif).
ii) Pengusaha Bas Sekolah
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
- Salinan Permit Bas Sekolah.
- Salinan Lengkap Setiap Helaian Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
- Salinan penyata bank terkini/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon. (Sila pastikan nombor akaun bank yang dimuat naik masih aktif).
- Salinan dokumen sokongan sekiranya tidak menggunakan akaun bank syarikat.
Pertanyaan Lanjut
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Seksyen Pengangkutan Bahagian Perancang Ekonomi Negeri ditalian 04-650 5681/04-650 5789.