Advertisements

Permohonan Bantuan Awal Persekolahan Zakat Pulau Pinang 2022

Advertisements

Ibu bapa di Pulau Pinang yang tergolong di dalam kategori B40 dan mempunyai anak-anak yang masih bersekolah, pihak Zakat Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) telah membuka permohonan bagi Bantuan Awal Persekolahan Zakat Pulau Pinang 2022.

Bantuan Awal Persekolahan ini diwujudkan adalah untuk membantu meringankan beban kewangan ibu bapa dalam membuat persiapan persekolahan anak-anak mereka pada tahun hadapan.

Selain itu, bantuan ini diharap mampu membantu ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang menuntut di sekolah rendah atau menengah agar tidak tercicir dalam pelajaran dan seterusnya meningkatkan taraf sosial keluarga.

Permohonan bantuan ini dibuka mulai 8 November dan ditutup pada 30 November 2021.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi ibu bapa yang ingin memohon bantuan ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia atau pemastautin tetap.
  2. Pemohon bermastautin di Pulau Pinang sekurang-kurangnya 3 bulan.
  3. Mempunyai sekurang-kurangnya 2 anak yang bersekolah.
  4. Anak-anak tersebut mestilah bersekolah pada tahun 2022:
    – Sekolah Rendah: Murid Tahun 1 sehingga Tahun 6 sahaja.
    – Sekolah Menengah: Murid Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 6 sahaja.
  5. Permohonan bagi anak-anak tadika atau pra sekolah tidak dipertimbangkan.
  6. Pendapatan kasar isi rumah mestilah dalam lingkungan berikut:
    – 2 orang anak: RM1,500 dan ke bawah
    – 3 orang anak: RM2,000 dan ke bawah
    – 4 orang anak dan ke atas: RM2,500 dan ke bawah

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan bantuan ini, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Dapatkan borang permohonan Bantuan Awal Persekolahan di kaunter perkhidmatan Zakat Pulau Pinang.
  2. Senarai kaunter perkhidmatan Zakat Pulau Pinang boleh dirujuk melalui pautan ini https://v2.zakatpenang.com/kaunter-perkhidmatan-zakat/.
  3. Bawa bersama dokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan yang lengkap diisi.
  4. Borang permohonan dan semua dokumen yang diperlukan perlu dihantar kembali kepada kaunter perkhidmatan Zakat Pulau Pinang tersebut.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan dan perlu dibawa bersama ke kaunter perkhidmatan Zakat Pulau Pinang adalah seperti berikut:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Slip kad pengenalan pemohon.
  2. Slip gaji/pengesahan pendapatan pemohon dan isteri (jika bekerja).
  3. Salinan sijil cerai/Sijil kematian/Surat akuan (jika pemohon ibu tunggal).
  4. Salinan MyKid/MyKad/Sijil Kelahiran Pelajar.
  5. Salinan penyata akaun/pengesahan akaun bank.
  6. Surat pengesahan daripada JKM/PERKESO/Pencen (jika berkenaan).

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Bantuan Awal Persekolahan Zakat Pulau Pinang 2022, sila hubungi Bahagian Institusi dan Pendidikan di talian 04-549 8178/168/165/158.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.