Mahasiswa prasiswazah yang sedang menyambung pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan adalah digalakkaan untuk memohon Program Biasiswa Gadang 2021 di bawah Gadang Holdings Berhad.
Untuk makluman, Gadang Holdings Berhad merupakan syarikat yang menjalankan perniagaan berasaskan kejuruteraan sivil dan pembinaan di Malaysia yang ditubuhkan sejak tahun 1980.
Syarikat ini merupakan antara syarikat yang aktif dalam menyalurkan biasiswa kepada mahasiswa yang layak pada setiap tahun.
Mahasiswa yang berminat boleh mengemukakan permohonan sehingga 15 November 2021.
Jurusan Layak Memohon
Mahasiswa yang sedang mengambil jurusan berikut layak memohon:
- Kejuruteraan sivil
- Struktur, Hidraulik
- Geo-Teknikal/Lebuh Raya/Jalan Raya
- Quantity Surveying
- Pengurusan Bangunan
- Kejuruteraan Lebuh Raya
- Pengurusan Pembinaan
- Kejuruteraan Mekanikal
- Kejuruteraan Elektrikal
- Pengurusan Perniagaan
- Sumber Manusia
- Kewangan dan Perakaunan
Syarat Permohonan
Syarat permohonan bagi pemohon yang ingin memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:
- Rakyat Malaysia yang berumur 23 tahun dan ke bawah
- Mendapat tawaran untuk program prasiswazah di universiti tempatan.
- CGPA minimum terakhir ialah 3.50.
- Tidak menerima sebarang tajaan kecuali PTPTN.
- Mendapat minimum 5 A –SPM/O-Level,3A –STPM dan setaraf.
- Aktif di dalam ko-kurikulum dan mempunyai daya kepimpinan yang baik.
Cara Memohon
Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:
- Muat turun borang di pautan https://drive.google.com/file/d/1XzfIlGomb83r9zbTeehaIPigjurmMoQu/view?fbclid=IwAR1GZhjxyYwSsaxwFAE4CQ9znWpsUsNSciq5JZlc1QV_OewuYFGT_y-KQRo.
- Isi borang tersebut dengan lengkap dan betul.
- Sediakan dokumen yang diperlukan.
- Hantar borang tersebut ke alamat email [email protected] atau ke alamat:
Group Human Capital Department,
Gadang Holdings Berhad,
Wisma Gadang, No. 52, Jalan Tago 2,
Off Jalan Persiaran Utama, Sri Damansara,
52200 Kuala Lumpur.
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan bagi permohonan biasiswa ini adalah seperti berikut:
- Sijil-sijil berkaitan
- Testimoni
- Gambar berukuran passport (ditampal di borang permohonan)
Pertanyaan Lanjut
Untuk pertanyaan lanjut mengenai Program Biasiswa Gadang, sila hubungi pihak Gadang Holdings Berhad di talian 03–6279 6288.