Para usahawan Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang ingin beralih kepada pembiayaan digital, SME Corp menyediakan pembiayaan bagi membantu usahawan menjalankan perniagaan secara digital melalui Inisiatif Pembiayaan Digital atau Digital Financing Initiative (DFI).
Untuk makluman, DFI merupakan pembiyaan yang diwujudkan oleh SME Corp bagi menyediakan akses pembiayaan kepada PKS untuk menjalankan aktiviti perniagaan secara digital.
Inisiatif ini diwujudkan adalah bagi membantu usahawan PKS yang terjejas akibat COVID-19 melalui galakan untuk menjalankan perniagaan secara digital.
Para usahawan yang berminat boleh membuat permohonan segera secara atas talian di laman web https://home.smecorp.gov.my/sme-digital-financing-programme/.
Tujuan Pembiayaan
Pembiayaan yang ditawarkan adalah untuk membiayai perkara-perkara seperti:
- Modal kerja untuk tujuan mengurus perbelanjaan (contoh: bahan mentah)
- Tujuan meningkatkan perniagaan untuk:
– Pembelian mesin dan alatan sistem, eCommerce, e-Payment, dan aplikasi ICT.
– Pembungkusan dan produk pembukusan.
– Promosi dan iklan
– Persijilan dan Sistem Pengurusan Kualiti
Jumlah Pembiayaan
Jumlah pembiayaan yang ditawarkan kepada para pemohon adalah sehingga RM500,000.
Tempoh Pembiayaan & Faedah
Tempoh pembiayaan yang ditawarkan adalah selama 36 bulan kepada pemohon yang layak.
Yuran Pemprosesan
Yuran pemprosesan permohonan ditetapkan pada kadar 5% daripada jumlah pembiayaan atau maksimum RM5,000.
Syarat Permohonan
Syarat permohonan DFI yang ditetapkan adalah seperti berikut:
- Perniagaan tersebut mestilah berstatus PKS.
- Perniagaan telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
- Syarikat mestilah dimiliki sekurang-kurangnya 60% warganegara Malaysia.
- Syarikat tersebut telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan.
- Bersetuju untuk menjalankan penilaian SCORE/M-CORE.
Cara Memohon
Untuk membuat permohonan DFI, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman web https://home.smecorp.gov.my/sme-digital-financing-programme/.
- Klik butang ‘Apply Here’ dan klik butang ‘Apply Now.’
- Buat akaun dengan mengisi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Create An Account.’
- Log masuk dengan masukkan email dan password diikuti dengan butang ‘Sign In.’
- Buat permohonan setelah log masuk sehingga selesai.
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan untuk dihantar semasa proses permohonan adalah seperti berikut:
- Kad pengenalan pemohon (depan dan belakang).
- Kad pengenalan penjamin (depan dan belakang).
- Penyata perniagan syarikat (sekurang-kurangnya 3 bulan).
- Penyata kewangan (mestilah sekurang-kurangnya 3 tahun atau yang terkini jika perniagaan kurang 3 tahun beroperasi).
- Gambar premis perniagaan.
- Gambar pemilik perniagaan.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai DFI, sila layari laman web https://home.smecorp.gov.my/sme-digital-financing-programme/.