Advertisements

Permohonan Pinjaman PEKA PKS 3.0 Pulau Pinang Sehingga RM20,000

Advertisements

Usahawan Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) Pulau Pinang kini boleh memohon pinjaman perniagaan sehingga RM20,000 menerusi Skim Pinjaman PEKA PKS 3.0 yang diwujudkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Skim Pinjaman PEKA PKS mula diwujudkan pada April 2020 dengan peruntukan sebanyak RM30 juta bagi membantu golongan usahawan PKS yang terjejas akibat perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 yang pada ketika itu telah memanfaatkan seramai 1,651 usahawan.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang kemudiannya meneruskan inisiatif ini untuk kali ketiga dengan peruntukan sebanyak RM5 juta kepada semua usahawan mikro, kecil dan sederhana khususnya mereka yang terkesan akibat PKP dan Perintah Undang-Undang Darurat yang bermula sejak Januari 2021.

Usahawan yang berminat boleh membuat permohonan secara atas talian mulai 7 Oktober sehingga 20 Oktober 2021.

Jumlah Pinjaman & Bayaran Proses

Jumlah pinjaman yang ditawarkan adalah sebanyak RM5,000 sehingga RM20,000 dan tiada cagaran atau penjamin dikenakan.

Namun, bagi kelulusan pinjaman RM10,000 ke atas, bayaran proses sebanyak RM150.00 akan dikenakan.

Tempoh Bayaran Balik

Tempoh bayaran balik adalah selama 24 bulan dengan moratorium atau grace period yang ditawarkan adalah selama 6 bulan.

Jenis Perniagaan

Jenis perniagaan yang layak memohon Skim Pinjaman PEKA PKS 3.0 ini adalah seperti berikut:

  1. Gerai Makanan/Minuman/Restoran/Katerer.
  2. Kedai pakaian, tekstil, tudung, buah-buahan, makanan ringan.
  3. Perkhidmatan – Bengkel kereta, motor, dobi, membaiki komputer/telefon, kedai cermin mata, dan gim.
  4. Pasar Malam/Pasar Pagi.
  5. Pembuatan–kek, biskut, coklat, makanan  sejuk beku (frozen).
  6. Perniagaan Online.
  7. Perniagaan FoodTruck.
  8. Pengusaha PKS.
  9. Sektor Pembinaan-Kontraktor Kelas G1.
  10. Taska, Tadika.
  11. Pusat Tuisyen.
  12. Training Consultants.

Namun, peminjam dari Skim Industri Ekonomi Kreatif, Skim PEKA Pelancongan dan peniaga yang berdaftar di bawah MOTAC tidak layak memohon.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang dikenakan bagi pemohon yang memohon skim ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia berumur 21 tahun hingga 60 tahun.
  2. Pemohon merupakan pengundi di Pulau Pinang.
  3. Pemohon berniaga dan menetap di Pulau Pinang.
  4. Pemohon mempunyai tempat/lokasi perniagaan/berniaga secara bergerak (mobile)/ menjalankan perniagaan di rumah.
  5. Pemohon telah menjalankan perniagaan melebihi 6 bulan.
  6. Pemohon mempunyai lesen perniagaan (MBPP/MBSP)/Sijil pendaftaran syarikat (SSM) dan tarikh lesen/pendaftaran perniagaan tidak luput.
  7. Satu pinjaman bagi satu isi rumah (kecuali perniagaan berasingan dan daftar perniagaan (SSM) yang berlainan serta rekod bayaran yang baik bagi isi rumah.
  8. Permohonan terbuka kepada syarikat perseorangan/perkongsian/sendirian berhad/koperasi.
  9. Penerima pinjaman dari Skim Pinjaman Harapan (SPH) dan Skim Peka Pulau Pinang yang masih mempunyai pinjaman tersebut tidak layak memohon.
  10. Mereka yang disenaraikan di bawah CTOS akan dipertimbangkan mengikut kes.

Cara Memohon

Usahawan yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan boleh membuat permohonan seperti berikut:

  1. Layari laman web https://form.jotform.com/PDCHelpdesk/skim-peka-pks?fbclid=IwAR2GQUTTukNcM6Aighz5uOUEt_Gst1py1lekDwCraGYMYQgBOQWY42gBjDs.
  2. Klik butang ‘Klik Di Sini Untuk Memohon.’
  3. Masukkan no pendaftaran syarikat/Lesen perniagaan (MBPP/MBSP).
  4. Isi maklumat yang diperlukan.
  5. Muat naik dokumen sokongan.
  6. Hantar permohonan selepas semua maklumat dan dokumen dimuat naik.

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang perlu dimuat naik adalah seperti berikut iaitu:

  1. Borang CRA (CTOS)- Sila muat turun di pautan berikut: https://www.pdc.gov.my/images/pdcwork/SkimPeka/PEKA3/CRAform.pdf
  2. Borang EFT PDC – Sila muat turun di pautan berikut: https://www.pdc.gov.my/images/pdcwork/SkimPeka/PEKA3/BorangEFT.pdf
  3. Borang PDPA– Sila muat turun di pautan berikut: https://www.pdc.gov.my/images/pdcwork/SkimPeka/PEKA3/BorangPDPA.pdf
  4. Penyata bank bagi 3 bulan yang terkini.
  5. Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia)
    – Pemilikan Tunggal/Rakan Kongsi – Sijil Pendaftaran Perniagaan (Borang D) atau Sijil Perakuan Pembaharuan Perniagaan (Borang E)
    – Syarikat Sendirian Berhad / Perkongsian Liabili Terhad – Borang 9 atau Seksyen 17(Syarikat yang berdaftar selepas 31 Jan 2017) dan Salinan Borang 24 & 49 / Superform
  6. Lesen Perniagaan MBPP/MBSP yang sah.
  7. Salinan Kad Pengenalan Pemohon/Pemilik Perniagaan / Pengarah-Pengarah Syarikat/Koperasi.
  8. Penyata KWSP (majikan) yang terkini – Borang A.
  9. Penyata kewangan syarikat/Penyata Cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terkini untuk 2 tahun – Borang B / BE / C
  10. Penyata kewangan yang diaudit atau penyata syarikat 2018/2019/2020 (Hanya penyata kedudukan kewangan (Balance Sheet) dan penyata pendapatan (Income statement)
  11. Akaun pengurusan terkini (2021).
  12. Dokumen tambahan untuk membuktikan perniagaan terjejas (cth: Tenancy Agreement) (jika ada).
  13. Salinan kad pengenalan rujukan (suami/isteri, ibu/bapa, adik beradik atau rakan pemohon) besertakan alamat terkini dan nombor telefon rujukan. 
  14. Gambar perniagaan seperti gambar premis, produk dan mesin. 
  15. Sebut harga dari pembekal (bagi tujuan pinjaman) atau pelan perniagaan yang komprehensif.
  16. Salinan bil elektrik atau air terkini (rumah kediaman). 
  17. Lakaran pelan lokasi premis perniagaan.
  18. Semakan daftar Pemilih (Pengundi di Pulau Pinang). 
  19. Borang Pengakuan Pemohon untuk Pinjaman Skim Peka 3.0- Sila muat turun di pautan berikut: https://www.pdc.gov.my/images/pdcwork/SkimPeka/PEKA3/PengakuanPemohonuntukSPPKS.pdf
  20. Borang Maklumat Rujukan Pemohon- Sila muat turun di pautan berikut: https://www.pdc.gov.my/images/pdcwork/SkimPeka/PEKA3/BorangMaklumatRujukanPemohonSPPKS.pdf

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai Skim Pinjaman PEKA PKS 3.0, sila hubungi pusat panggilan (call centre) di talian 04-6139 890/894/895 atau 04-6340 100/194.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.