Belia di Negeri Johor yang terjejas akibat COVID-19 dan ingin menceburkan diri dalam bidang keusahawanan, Iskandar Regional Development Authority (IRDA) dan Iskandar Youth Hub Sdn Bhd (HAB) telah mewujudkan program Iskandar Malaysia Youth Entrepreneur Scheme’ (IMYES).
Dana program ini diperoleh daripada PENJANA dan dilaksanakan sejajar dengan agenda kemakmuran ekonomi dan inklusif wilayah Iskandar Malaysia serta sempena Kempen Peringatan 15 tahun Iskandar Malaysia (IM15CC).
Menerusi program ini, para belia akan berpeluang mengikuti 8 bengkel keusahawanan dan memperoleh geran modal awal sebanyak RM5,000 untuk menyokong aktiviti perniagaan.
Oleh itu, para belia di Negeri Johor yang berminat boleh membuat permohonan segera sebelum 14 Oktober 2021 secara atas talian.
Objektif Program
Objektif pelaksanaan Program IMYES ini adalah untuk:
- Mengalakkan belia untuk terlibat dalam aktiviti keusahawanan.
- Mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan belia.
- Membantu belia yang terkesan akibat pandemik COVID-19 dan penutupan sempadan Johor-Singapura.
Syarat Penyertaan
Syarat penyertaan yang ditetapkan bagi belia yang ingin menyertai program ini adalah seperti berikut:
- Terbuka kepada belia Malaysia yang berumur antara 18 hingga 35 tahun.
- Pemohon menetap di Johor.
- Terbuka kepada usahawan baru atau sedia ada (usahawan baru perlu berdaftar dengan SSM).
- Pemohon diwajibkan hadir sesi taklimat yang akan diadakan oleh pihak penganjur pada ketetapan yang akan dimaklumkan kemudian.
Syarat Perniagaan
Syarat perniagaan yang melayakkan pemohon mendapatkan geran modal awal adalah seperti berikut:
- Perniagaan yang akan dijalankan mestilah patuh Syariah.
- Skop pembiayaan terdiri daripada mesin dan peralatan, pemasaran dan promosi, digitalisasi, pembelian kredit dan stok.
- Hanya pemohon yang menyerahkan borang pendaftaran yang lengkap dan dokumen yang diperlukan akan dipertimbangkan untuk proses pemilihan.
- Terhad untuk 100 pemohon sahaja
Cara Memohon
Untuk cara memohon, sila ikuti langkah-langkah mudah berikut:
- Layari laman web http://iskandarmalaysia.com.my/hab/imyes/.
- Klik bahagian ‘Register Here.’
- Baca terma dan syarat yang ditetapkan.
- Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
- Klik butang ‘Submit’ untuk membuat penghantaran.
Pertanyaan Lanjut
Sebarang pertanyaan mengenai IMYES, sila hubungi pihak pengurusan:
- Mila: 012-345 4695
- Azman: 013-746 8594