Advertisements

Permohonan IMSTART: Geran Usahawan Mikro Sehingga RM10,000

Advertisements

Usahawan mikro yang mengendalikan perniagaan di Negeri Johor kini boleh mendapatkan geran one-off menerusi Iskandar Malaysia StartUp Grant (IMSTART) di bawah Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA).

Untuk makluman, IRDA merupakan badan berkanun yang ditubuhkan pada Februari 2007 di bawah Akta Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 2007.

Antara fungsi IRDA ialah bagi mendorong, menyelaras dan memantau pembangunan sektor ekonomi, pemboleh-pemboleh yang diperlukan dan infrastruktur sosial bagi pembangunan Iskandar Malaysia.

Justeru itu, IMSTART telah diwujudkan oleh IRDA untuk menggalakkan usahawan mikro di Negeri Johor dalam menjalankan perniagaan mereka secara atas talian.

Permohonan IMSTART boleh dibuat sehingga 7 September 2021 secara atas talian.

Apa Itu IMSTART?

IMSTART adalah inisiatif daripada pihak IRDA berbentuk geran one-off untuk membantu usahawan-usahawan mikro, kecil dan sederhana (SME) yang menjalankan perniagaan di Negeri Johor dan kepada individu yang berusaha untuk memulakan perniagaan secara atas talian.

Geran ini diperkenalkan bertujuan untuk meringankan beban kos permulaan perniagaan atas talian kepada usahawan atau individu yang ingin memulakan perniagaan di platform e-dagang dan juga yang telah beroperasi sejak Mac 2020 untuk meningkatkan kapasiti operasi mereka.

Jumlah Pembiayaan

Jumlah pembiayaan yang ditawarkan menerusi IMSTART adalah sehingga RM10,000 dan tertakluk kepada syarat permohonan.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan bagi usahawan yang ingin memohon IMSTART adalah seperti berikut:

  1. Permohonan terbuka untuk usahawan dan individu yang mengendalikan perniagaan di Negeri Johor sahaja.
  2. Permohonan terbuka kepada semua Warganegara Malaysia yang berumur dari 18 tahun hingga 45 tahun sahaja.
  3. Perniagaan atas talian yang baru atau sedia ada sejak Mac 2020.
  4. Perniagaan baru perlu berdaftar dengan SSM dan juga platform e-dagang.
  5. Aktiviti perniagaan yang patuh Syariah.
  6. Geran ini hanya untuk pembelian stok produk,keperluan asas premis operasi e-dagang dan peralatan digital sahaja (pembelian Telefon bimbit tidak termasuk).
  7. Pemohon hendaklah menyerahkan sebutharga di atas nama pemohon atau syarikat dari pembekal yang tidak melebihi RM10,000.00.
  8. Bantuan ini hanya disediakan untuk 200 individu atau pemilik syarikat yang terawal dan layak sahaja.

Cara Memohon

Untuk memohon IMSTART, usahawan boleh membuat permohonan melalui langkah-langkah berikut:

  1. Layari pautan permohonan berikut iaitu https://t.co/khF9kesZN9.
  2. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Next.’
  3. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.
  4. Cetak borang permohonan.
  5. Hantar borang permohonan dan dokumen sokongan melalui kaunter atau pos ke alamat berikut:

    Permohonan IMSTART,
    Kepada : Cik Zulaikha Sapura,
    Iskandar Regional Development Authority,
    #G-01, Block 8, Danga Bay, Jalan Bertingkat Skudai,
    80200 Johor Bahru, Johor.

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang perlu dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:

  1. Kad Pengenalan Pemilik Syarikat (Depan dan Belakang). 
  2. SSM Syarikat bersama maklumat pemilik.
  3. Penyata Akaun Semasa Syarikat/Individu Terkini (Muka Surat Pertama Sahaja).
  4. Salinan/’Screenshot’ halaman profil platform e-dagang (Shopee, Lazada, Grabfood dan lain-lain berkaitan).
  5. Salinan sebutharga dengan jumlah keseluruhan tidak melebihi RM10,000.
  6. Salinan e-borang pemohonan geran IMSTART.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan mengenai IMSTART, sila emel ke [email protected] untuk maklumat lanjut

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.