Advertisements

Permohonan BSC: Pembiayaan Rantaian Bekalan Sehingga RM5 juta

Advertisements

Usahawan Bumiputera yang ingin mengembangkan perniagaan sebagai pembekal kini boleh memohon pembiayaan melalui Dana Rantaian Bekalan Bumiputera (BSC).

BSC ialah pembiayaan yang diwujudkan oleh SME Bank dengan kerjasama TERAJU yang bertujuan untuk membangunkan jaringan pembekal di kalangan PKS Bumiputera sebagai sebahagian daripada pelaksanaan Agenda Bumiputera yang diterajui oleh TERAJU.

Pelaksanaan program ini dijangka dapat membantu usahawan Bumiputera mengembangkan perniagaan dan menjadikan pembekal PKS Bumiputera lebih berdaya saing.

Oleh itu, usahawan Bumiputera yang berminat untuk memohon boleh membuat permohonan melalui SME Bank yang berhampiran.

Jumlah & Margin Pembiayaan

Jumlah pembiayaan yang ditawarkan melalui BSC adalah minima RM500,000 dan maksima sebanyak RM5 juta.

Margin pembiayaan adalah sehingga 85% daripada pihak bank manakala 5% daripada kos akan dibayar oleh pelanggan serta jumlah yang sama akan dikembalikan kepada pelanggan menggunakan dana geran setelah pembiayaan dibayar balik sepenuhnya.

Tempoh pembiayaan adalah sehingga 7 tahun termasuk tempoh pernafasan (“grace period”) sehingga 12 bulan.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Tujuan Pembiayaan

Pemohon yang memohon pembiayaan ini perlu memenuhi salah satu daripada dua tujuan pembiayaan iaitu:

  • Modal kerja.
  • Pembelian aset (tidak termasuk aset hartanah).

Cagaran

Cagaran yang akan dikenakan kepada pemohon yang layak menerima pembiayaan ini adalah:

  • Geran 15% akan dipegang oleh Bank sebagai margin sekuriti.
  • Lain-lain cagaran atau skim jaminan yang boleh diterima oleh Bank.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan bagi pemohon yang ingin memohon pembiayaan ini adalah seperti berikut:

  1. Perusahaan pemohon mestilah bertaraf mikro, kecil dan sederhana seperti yang didefinisikan oleh SME Corp.
  2. Pegangan saham Bumiputera dalam syarikat mestilah minima 60%.
  3. Bukan anak syarikat kepada syarikat GLC atau MNC.
  4. Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Urusan adalah Bumiputera.
  5. Majoriti Pengurusan Tertinggi syarikat adalah Bumiputera.
  6. Syarikat di dalam sektor Pembuatan, Pemborongan, Peruncitan dan yang berkaitan.

Cara Permohonan

Untuk permohonan BSC, pemohon perlu berkunjung ke mana-mana cawangan SME Bank yang terdekat untuk membuat permohonan.

Senarai cawangan SME Bank seluruh negara boleh dirujuk melalui pautan https://www.smebank.com.my/en/about-us/corporate-info/branch-network.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai BSC, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan SME Bank di talian 03-2603 7700.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.