Advertisements

Semakan Panggilan Temu Duga Pegawai Pendidikan DG41 One-Off 2021

Pemohon yang sebelum ini telah membuat permohonan bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 One-Off bagi tahun 2021, semakan panggilan temu duga boleh dibuat mulai 3 Spetember 2021.

Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) memaklumkan, pemohon yang layak akan menerima panggilan temu duga dan pelaksanaan temu duga akan dijalankan secara berperingkat mulai 8 September 2021.

Untuk makluman, permohonan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 secara one-off pada kali ini akan melibatkan sebanyak 18,702 pegawai yang bakal dilantik melibatkan 47 opsyen ditawarkan.

Urusan temu duga ini hanya akan melibatkan calon Graduan dan Bakal Graduan sama ada universiti awam, swasta, atau luar negara yang melepasi tapisan yang ditetapkan SPP.

Pemohon yang layak akan menghadiri sekali sahaja proses temu duga dan pemohon yang layak bakal ditempatkan di sekolah yang terpilih di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Opsyen Yang Terlibat

Bagi panggilan temu duga fasa 1, opsyen yang akan terlibat adalah seperti berikut:

  1. Bahasa Cina
  2. Bahasa Semai
  3. Bahasa Iban
  4. Bahasa Kadazandusun
  5. Muzik
  6. Tahfiz
  7. Bimbingan dan Kaunseling (SJKC)
  8. Pendidikan Seni / Seni Visual (SJKC)
  9. Pendidikan Khas (SJKC)
  10. Pendidikan Moral (SJKC)
  11. Muzik (SJKC)
  12. Sejarah (SJKC)
  13. Reka Bentuk Teknologi (SJKC)
  14. Matematik (SJKC); dan
  15. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (SJKC)

Bgai opsyen-opsyen yang lain, pihak SPP memaklumkan pemakluman termu duga akan dimaklumkan daripada semasa ke semasa melalui laman web dan platform media sosial SPP.

Semakan Penggilan Temu Duga

Pemohon yang ingin membuat semakan panggilan temu duga boleh membuat semakan melalui langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web mySPP iaitu https://myspp.spp.gov.my/
  2. Log masuk menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan sebelum ini.
  3. Buat semakan status panggilan temuduga bagi permohonan yang telah dibuat setelah berjaya log masuk.

Semakan Keputusan Temu Duga

Setelah menghadiri temu duga, pemohon boleh membuat semakan temu duga melalui langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://semakan.spp.gov.my/semakan/.
  2. Masukkan no kad pengenalan.
  3. Klik butang ‘Hantar.’
  4. Keputusan status temu duga dipaparkan.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan mengenai pengambilan temu duga ini, sila hubungi Hotline mySPP di talian 03-8893 4019/4020.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.