Kerajaan Negeri Perak di bawah program Tuisyen Cikgu Saarani (TCS) telah membuka permohonan bantuan khas secara one-off kepada mahasiswa B40 di negeri tersebut menerusi Bantuan Khas Mahasiswa Perak 2.0.
Tujuan bantuan khas mahasiswa ini diwujudkan adalah untuk membantu mahasiswa negeri Perak dalam meringankan beban keluarga mereka khususnya menjelang kemasukan ke IPT pada bulan Oktober 2021 dalam waktu pandemik COVID-19.
Bantuan khas mahasiwa ini dijayakan dibawah Pejabat Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi & Sumber Manusia, melalui agensi pelaksana Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) dengan kerjasama Yayasan Perak, Majlis Perundingan Mahasiswa Perak (MPMP), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) & Gerakan Mahasiswa Perak (GMPk).
Permohonan dibuka secara atas talian sehingga 10hb September 2021 iaitu hari Jumaat pada pukul 11.59 malam dan terbuka kepada 2000 penerima terawal serta memenuhi syarat ditetapkan.
Mengenai Bantuan Khas Mahasiswa Perak 2.0
Bantuan Khas Mahasiswa Perak 2.0 di bawah TCS merangkumi 2 bantuan iaitu:
i) Bantuan Khas Mahasiswa
– Bantuan tunai RM150 secara one-off diberikan untuk meringankan beban mahasiswa yang terkesan dalam tempoh pandemik COVID-19.
ii) Baucar Tebus Tiket Pengangkutan Awam
– Bantuan tunai one-off sebanyak RM50 diberikan kepada mahasiswa yang menggunakan pengangkutan awam untuk pulang ke kampus atau ke rumah.
Syarat Permohonan
Syarat permohonan yang ditetapkan bagi permohonan bantuan khas ini adalah seperti berikut:
i) Bantuan Khas Mahasiswa
- Mahasiswa Anak Perak dari keluarga B40.
- Mahasiswa peringkat Sijil, Matrikulasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana (Master) sepenuh masa di dalam negara.
- Tidak menerima bantuan kewangan pendidikan dari kerajaan negeri/persekutuan/korporat.
- Keutamaan diberikan kepada mahasiswa anak negeri dan beralamat di Perak.
- Pemohon perlu memberikan bukti masih belajar di IPT (Surat Tawaran atau keputusan peperiksaan semester terkini.
- Pemberian bantuan adalah terhad kepada 2,000 penerima terawal mengikut terma dan syarat.
ii) Baucar Tebus Tiket Pengangkutan Awam
- Pemohon mestilah mahasiswa anak Perak.
- Mahasiswa perlu mengemukakan bukti pembelian tiket/resit pembelian.
- Baucar terpakai kepada penggunaan Pengangkutan Awam sahaja.
- Penebusan 2 hala sama ada dari rumah ke kampus atau dari kampus pulang ke rumah.
- Mahasiswa perlu menyertakan kad ID pelajar bagi tujuan pengesahan.
- Pemberian baucher adalah terhad kepada 2,000 penerima terawal mengikut terma dan syarat.
Cara Memohon
Untuk membuat permohonan, mahasiswa boleh memohon melalui langkah-langkah berikut:
- Layari laman web PASAK https://perakpasak.org/bantuan-khas-mahasiswa-negeri-perak-2-0/?fbclid=IwAR2LQ-rXF7YhfMpE4BT-dhTwNJvacLv-MlOm0T9249hQj8vIsFAJQwNgLU4.
- Pilih bantuan yang diperlukan dengan klik ‘Daftar Sekarang.’
- Isi maklumat yang diperlukan dan klik ‘Next’ pada setiap akhir paparan.
- Untuk paparan terakhir, klik ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.
Pertanyaan Lanjut
Untuk pertanyaan lanjut, mahasiswa boleh menghantar whatsapp kepada pihak PASAK iaitu:
http://wasap.my/60182974725/bantuankhasmahasiswaperak2-0; atau
http://wasap.my/60194000514/bantuankhasmahasiswaperak2-0