Advertisements

Login DELIMa KPM: Portal Online Pengajaran & Pembelajaran Di Rumah

Advertisements

Para ibu bapa, guru, dan murid kini boleh menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah melalui Portal Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa) yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Microsoft, Google dan Apple.

Untuk makluman, Portal DELIMa telah dilancarkan oleh Ybrs. Dr. Habibah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pada 15 Jun 2020 yang lalu.

Portal DELIMa adalah penjenamaan semula bagi platform MOE Digital Learning yang sebelum ini dibangunkan oleh KPM selepas Frog VLE.

Portal ini adalah platform utama di dalam negara yang menyediakan perkhidmatan sistem pengurusan pembelajaran serta sumber-sumber pembelajaran secara dalam talian.

Oleh itu, ketika kebanyakan sekolah masih ditutup akibat wabak COVID-19, para guru dan murid boleh melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara dalam menggunakan Portal DELIMa.

Rakan Penyedia Portal DELIMa

Bagi pembekalan kandungan di dalam Portal DELIMa, KPM telah bekerjasama dengan beberapa pihak bagi memastikan kandungan pengajaran dan pembelajaran melalui Portal DELIMa adalah pelbagai seperti:

  • Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)
  • DIGI
  • ASTRO
  • United Nations International Children’s Emergency Fund (UNICEF)
  • Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Aplikasi Menarik Portal DELIMa

Terdapat banyak aplikasi menarik yang boleh digunakan oleh para guru dan murid menerusi Portal DELIMa seperti:

  • Microsoft Office 365
  • Padlet
  • Canva
  • Digital Textbook
  • WolframAlpha
  • Plickers
  • Edpuzzle
  • Blendspace
  • Aplikasi di bawah Google

Cara Login Portal DELIMa

Sebelum login Portal DELIMa ini, para guru dan pelajar perlu mendapatkan ID dan kata laluan yang dibekalkan oleh pihak sekolah bagi membolehkan mereka mengakses portal ini.

Untuk mengakses Portal DELIMa, para guru dan murid boleh mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari Portal DELIMa https://sites.google.com/moe.edu.my/login/login
  2. Klik butang ‘Log Masuk.’
  3. Masukkan ID dan kata laluan yang diberikan oleh pihak sekolah.
  4. Klik butang ‘Login.’
  5. Kemudian, pilih menu Pelajar, Guru atau Sekolah.
  6. Guru dan pelajar boleh memilih aplikasi dan fungsi yang boleh digunakan oleh pengajaran dan pembelajaran.

Pertanyaan Lanjut

Bagi sebarang masalah atau ingin mengemukakan pertanyaan lanjut mengenai Portal DELIMa, sila hubungi pihak sekolah atau guru penyelaras yang menguruskan portal ini.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.