Tahukah anda tentang Frog VLE?
Cikgu-cikgu tentu sedia maklum tentang Virtual Learning Environment atau bahasa Melayu dipanggil Persekitaran Pembelajaran Maya Frog.
Ianya merupakan sistem yang telah dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di United Kingdom dengan kerjasama YTL Communications.
Frog VLE merupakan projek di bawah 1BestariNet di mana 10,000 buah sekolah rendah dan menengah akan dilengkapkan dengan Internet berkelajuan tinggi serta akses kepada Penyelesaian Pembelajaran Bersepadu.
Berbeza dengan sistem SAPS NKRA, dengan adanya Frog VLE ibu bapa boleh berkomunikasi dengan guru-guru.
Selain itu pihak pentadbir sekolah juga boleh menyusun kalendar sekolah dan memaparkan notis melalui Internet.
Antara tujuan utama FrogAsia membangunkan sistem ini ialah:
- Guru boleh menggunakan Frog VLE untuk mengajar, memberikan tugasan, dan memantau pencapaian para pelajar secara maya. Pentadbir sekolah pula boleh mengurus kalendar sekolah dan mewar-warkan notis sekolah melalui Frog VLE.
- Pelajar boleh mengakses Frog VLE untuk mendapatkan bahan untuk pembelajaran dan ulangkaji di mana jua tanpa mengira masa. Mereka juga boleh menyiapkan semua tugasan yang diberikan oleh guru mereka disamping berkolaborasi untuk menyiapkan tugasan yang diberi.
- Melalui Frog VLE, ibu bapa yang bekerja sentiasa dapat mengikuti peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekolah anak-anak mereka menerusi papan kenyataan sekolah. Selain itu, mereka juga boleh mengikuti perkembangan akademik anak-anak mereka.
KPI Frog VLE
Walaupun sudah lama diperkenalkan, namun penggunaan sistem ini masih rendah terutama di sekolah-sekolah teknik.
Ini kerana mereka mempunyai silibus yang berlainan daripada sekolah harian. Cikgu terpaksa mengejar silibus semester yang padat.
Lagi pun 90 peratus pelajar sekolah teknik terlibat dengan kerja-kerja amali di makmal.
Begitu juga di sekolah-sekolah kebangsaan biasa, walaupun ada sekolah yang lengkap dari segi fasiliti makmal komputer namun penggunaan Frog VLE masih rendah mungkin disebabkan faktor pentadbiran & pengurusan sekolah itu sendiri.
KPM sepatutnya menetapkan KPI yang sewajarnya agar pembangunan sistem ini tidak disia-siakan begitu sahaja.
Tambahan cikgu-cikgu juga sudah diberikan smartphone Yes 4G secara percuma bagi menggalakkan penggunaan sistem tersebut.
Sedikit tips bagaimana sekolah-sekolah boleh mencapat KPI Frog:
- Circle untuk kiraan KPI bermula pada hari khamis hingga rabu minggu hadapannya. Jadi anda boleh target bilangan murid yang akan bantu capaikan KPI pada minggu tersebut.
- Kiraan KPI hanya tertakluk kepada penggunaan murid, penggunaan guru tidak diambil kira. Oleh itu kalau beratus guru login tetapi murid langsung tak login ia tidak memberi kesan kepada peratus penggunaannya.
- Murid wajib login sekurang-kurangnya 10 minit, kalau lebih lagi bagus. Maknanya kalau buka, kemudian tutup ia masih tidak memberi apa-apa makna.
- Admin frog vle perlu semak unique user, bilangan inilah yang menentukan pencapaian KPI tersebut.
- Bagi memastikan sekolah anda mencapai KPI tersebut, anda perlu pastikan 20-25% dari bilangan murid login dan menggunakan Frog Vle dalam tempoh seminggu. KPI yang ditetapkan adalah 20% tetapi disarankan untuk target lebih tinggi kerana dikhuatiri ada yang login kurang dari 5 minit.
- Dalam seminggu 20-25% murid yang login mestilah murid yang berbeza, murid yang sama tidak diambil kira untuk pengiraan KPI.
- Tentukan bilangan murid unutk mencapai KPI Contohnya:
Jumlah Murid : 450
20% Murid : 90
Jadi setiap minggu perlu pastikan 90-100 orang murid login dan aktif menggunakannya. - Dapatkan kerjasama dari pentadbir sekolah, demi memastikan’katak ini tidak hanya bertelur sahaja’, ia perlu digunakan di dalam PdPc.
- Untuk memastikan murid menggunakannya, guru-guru bolehlah menyediakan bahan, latihan, kuiz atau sebagainya kepada murid. Sekarang ada Frog Play, bolehlah murid main game tersebut.
- Perlu kerjasama semua, ubah sikap dan mentaliti.
- Rancang jadual penggunaan makmal komputer, galakkan murid supaya minat menggunakannya.
Cara Akses VLE Frog
Untuk mengakses sistem Frog VLE anda perlukan ID 1BestariNet.
Setiap sekolah diberikan unik URL tersendiri untuk log masuk sistem tersebut.
Untuk semak URL sekolah anda sila ke portal ini.
Sila berhubung dengan sekolah anda untuk mendapatkan ID Yes 1BestariNet anda.
Dengan ID 1BestariNet anda bukan sahaja boleh mengakses sistem Frog namun boleh juga mengakses seluruh sumber dan aplikasi global daripada Google, Khan Academy, dan banyak lagi, selain anda boleh mengikuti butiran akaun anda dalam rangkaian Yes.
Ibu bapa juga boleh mengakses Frog VLE bagi mengikuti aktiviti anak-anak mereka di sekolah, mengakses laporan PIBG, acara sekolah, butiran perhubungan sekolah serta memuat turun borang-borang penting dan dokumen.
Untuk login Frog VLE, sila ikuti langkah-langkah di bawah:
1. Layari portal login di sini
2. Masukkan ID Yes, ID Yes tanpa domain, atau No.KP
Sebagai contoh:
- ID YES [email protected]
- ID YES tanpa domain frogteacheradvocate
- NRIC 900101XXXXXX
Setelah berjaya log masuk, pengguna boleh mengakses Frog VLE!
Mudah je kan?