Advertisements

Skim FPP: Panduan Khidmat Full Paying Patient Di Hospital Kerajaan

Pernah dengar tentang skim FPP?

Skim perkhidmatan pesakit bayaran penuh atau full paying patient bukanlah benda baru di Malaysia.

Skim ini mula diperkenalkan di Hospital Rintis Putrajaya kemudian diperluas kepada semua hospital pada tahun 2015.

Pada awalnya hanya 8 orang sahaja yang mendaftar sebagai FPP.

Kemudian angka ini meningkat kepada 483 orang pesakit FPP pada tahun 2016 dan sehingga bulan Jun tahun 2017 seramai 426 orang pesakit FPP baru telah didaftarkan.

Skim FPP (Full Paying Patient)

Antara kelebihan skim FPP ini ialah:

  1. Pesakit boleh memilih Pegawai Perubatan Pakar (Doktor Pakar) yang akan merawatnya sepanjang di hospital
  2. Kemudahan giliran mendapat rawatan — maksudnya tak perlu beratur panjang-panjang menunggu giliran
  3. Mendapat keistimewaan sebagai pesakit dalam seperti wad kelas pertama, dan lain-lain
  4. Semua kemudahan yang akan diberi adalah bergantung kepada sumber, bidang kepakaran dan fasiliti sedia ada.

Antara perkhidmatan yang disediakan di bawah skim FPP termasuklah:

  • Perkhidmatan Perundingan
  • Perkhidmatan Penyiasatan
  • Perkhidmatan Tatacara ( Prosedur dan Pembedahan)
  • Perkhidmatan Rawatan
  • Perkhidmatan Hospitaliti
  • Lain-lain perkhidmatan seperti tersenarai dalam Akta Fi FPP 2007

Baca juga: CUEPACSCARE Medical Card Untuk Penjawat Awam

Deposit & Cara Mendapatkan Rawatan

Bagi pesakit yang tiada GL, anda akan dikenakan deposit minima RM3,000 atau 50% daripada anggaran keseluruhan caj rawatan yang mana lebih tinggi.

Hanya pesakit yang membawa surat jaminan [GL] dari syarikat swasta yang berdaftar dengan KKM tiada deposit dikenakan.

Untuk mendapatkan rawatan di bawah skim ini, pesakit boleh mendapatkan rujukan dari mana-mana pegawai perubatan kerajaan atau pengamal perubatan swasta atau boleh juga hadir sendiri untuk mendapatkan rawatan di bawah Skim PPBP dan seterusnya berdaftar sebagai pesakit dalam [memasuki wad].

Dan untuk makluman, deposit akan disemak setiap hari untuk memastikan bakinya tidak kurang daripada RM 1,000.

Apabila berbaki RM1,000 Surat Peringatan untuk penambahan deposit akan dikeluarkan kepada pesakit atau waris dari masa ke semasa.

Tambahan perlu dibuat dalam masa 24 jam dari tarikh pesakit menerima Surat Peringatan tersebut.

Pesakit boleh menarik diri dari meneruskan Skim PPBP ini dengan menandatangani borang yang sedia ada bagi tujuan tersebut dan menjelaskan bayaran tertunggak.

Urusan pembayaran boleh dibuat tunai atau GL dari Syarikat/Syarikat Insurans yang berdaftar dengan KKM.

Senarai Harga / Fi Perkhidmatan

Berikut senarai harga / fi perkhidmatan yang dikenakan kepada pesakit di bawah skim FPP ini. Sumber dari portal rasmi Hospital Sungai Buloh.

Fi Pesakit Luar

  • Pesakit Baru; Pendaftaran RM10 | Perundingan RM100
  • Pesakit Lama; Pendaftaran TIADA | Perundingan RM60

Fi Pesakit Dalam

(Waktu Pejabat)

  • Pendaftaran; RM10
  • Perundingan; RM60
  • Perundingan Jagaan Intensif; RM90

(Luar Waktu Pejabat)

  • Pendaftaran; RM10
  • Perundingan; RM120
  • Perundingan Jagaan Intensif; RM180

Fi Hospitaliti

skim perkhidmatan bayaran penuh fpp

Fi Dewan Bedah/Bilik Bersalin/Angio Suite

  • Bilik Pembedahan/Angio Suite; RM250 setiap jam
  • Bilik Bersalin; RM250 setiap kelahiran

Lain-lain fi:

  • Fi Prosedur adalah bergantung kepada jenis prosedur yang dilakukan.
  • Fi Konsumabel adalah bergantung kepada konsumabel yang digunapakai.
  • Fi Perubatan bergantung kepada Caj harga ubat-ubatan mengikut Akta Fi FPP 2007.
  • Fi Penyiasatan bergantung kepada jenis penyiasatan yang dilakukan.

Senarai Hospital

Berikut adalah senarai hospital yang menyediakan perkhidmatan pesakit bayar penuh di Malaysia.

Pengalaman Sebenar Skim Full Paying Patient

Alhamdulillah settle register skim FPP (FULL PAYMENT PATIENT) dekat HSA harini. Tq kat sahabat yang share posting pasal ni aritu.

Kos bersalin yang lebih murah dari hospital swasta tetapi kita boleh dapat kelebihan yang hampir sama dengan swasta. Memang okey sangat. Iyer lar…macam LD ni company tak sponsor bersalin. Jadi, nak spent duit tu kene buat kira-kira supaya tak membazir & dalam masa yang sama nak jugak rasa selesa bersalin baby last ni kan…(iyer ker last). Okey ni LD share sikit kat kawan-kawan ape kelebihan bila sign up kaedah FPP ni.

1. Dapat perkhidmatan Doktor pakar dan boleh pilih Doktor. So far LD pilih HSA sebab sini jer ada doc perempuan. HSI takat ni semua lelaki untuk khidmat FPP. Bila dah pilih doc, means doc tu jer yang boleh sentuh/check kita dari first sampai bersalin.

2. Laluan giliran khas untuk appointment dengan doc pakar. Boleh pilih tarikh/hari ikut convenience kita. Yang penting tak yah beratur, set jer masa & tarikh dengan doc.

3. Nikmati wad eksekutif @ kelas pertama (ikut pilihan sendiri). Tapi dekat HSA takda wad eksekutif, the best wad kelas pertama jer. Pada LD, dah memadai wad first class. Yang eksekutif tu just ade extra ruang menunggu khas yang selesa untuk family.

4. Dah nama first class, makan pon mesti sedap dari biasa, I loikkeee!

5. Baby lahir takde cas extra bilik ker ape. Free jer. If ada komplikasi, Baby akan dirawat di bawah servis/caj biasa.

Urmmm rasa ni je kot yang LD rasa info penting pasal FPP ni. Nanti dah bersalin & lalui proses tu sendiri, inshaallah LD Share lg dengan korang. Tak pon if ada soalan tanye jer kt sini, kot LD leh jawab. Lately sel-sel otak kurang berhubung almaklum mak buyunggg dah makin sarat.

Sumber: Nurul Diana