Advertisements

Permohonan Online Rumah Mampu Milik Terengganu 2018

Berita baik buat rakyat Terengganu.

Kini anda boleh membuat permohonan online Rumah Mampu Milik Terengganu 2018 dengan mengisi borang pendaftaran online di portal rasmi eperumahan.terengganu.gov.my.

Baca juga: Permohonan Rumah Mampu Milik Johor

Projek perumahan ini dibangunkan di kawasan-kawasan berikut:

  • Besut
  • Dungun
  • Kemaman
  • Kuala Terengganu
  • Marang
  • Hulu Terengganu
  • Setiu
  • Kuala Nerus

Syarat Kelayakan Rumah Mampu Milik Terengganu

Pemohon hendaklah memenuhi beberapa syarat kelayakan sebelum memohon projek Rumah Mampu Milik ini.

Antara syarat-syaratnya:

  1. Pemohon atau pasangan merupakan rakyat Terengganu yang menetap dalam negeri Terengganu.
  2. 21 tahun keatas, bagi pemohon yang berumur melebihi 50 tahun boleh dipertimbangkan dengan syarat mempunyai jaminan bayaran daripada ahli keluarga. (Ahli keluarga ditakrifkan daripada anak / adik beradik kandung).
  3. Berkahwin; 10% diperuntukkan kepada golongan bujang yang berpendapatan bulanan tidak melebihi RM2,500.
  4. Pemohon dan pasangan belum pernah memiliki rumah.
  5. Pemohon dan pasangan tidak pernah menerima tanah anugerah kediaman daripada pihak kerajaan.
  6. Pendapatan kasar bulanan isirumah (pemohon dan pasangan) tidak melebihi RM 3,500 sebulan.
  7. Bagi pemohon dan pasangan dari penjawat awam, hanya yang bergred 1 hingga 22 sahaja layak memohon
  8. Isteri kedua / ketiga / keempat layak dipertimbangkan sekiranya mempunyai pendapatan bulanan tidak melebihi RM2,500 sebulan.
  9. Penerima hanya layak memiliki RMM / RPMM sekali sahaja dan sekiranya rumah tersebut dijual (selepas sekatan moratorium), penerima tidak layak lagi membuat permohonan kedua dan seterusnya.

Cara Memohon

rumah mampu milik terengganu

Bagi anda yang pernah memohon sebelum ini, tidak perlu memohon sekali lagi.

Anda cuma perlu log masuk ke dalam sistem untuk kemaskini permohonan anda.

Bagi permohonan Rumah Mampu Milik Terengganu kali pertama, sila rujuk manual permohonan di bawah:

  1. Sekiranya anda belum mempunyai akaun pengguna, sila daftar akaun baru dengan klik pada butang Sign Up pada sudut atas sebelah kanan halaman. Username dan Email hendaklah yang belum didaftarkan dalam sistem, sekiranya gagal untuk mendaftar, sil gunakan Username / Email yang lain.
  2. Pengaktifan akaun anda akan dilakukan secara automatik oleh sistem. Sila abaikan mesej berkenaan activation email.
  3. Kemudian anda boleh daftar masuk menggunakan akaun pengguna anda dengan klik pada butang Login pada sudut atas sebelah kanan halaman.
  4. Selepas daftar masuk, klik pada pilihan Permohonan Saya di menu bahagian atas laman web ini. Anda akan dibawa ke halaman untuk mengisi maklumat anda.
  5. Sila isi maklumat seperti yang dikehendaki, buat semakan pada tab HANTAR dan klik pada butang Hantar untuk menghantar permohonan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi:

Pejabat Setiausaha Kerajaan (Bahagian Perumahan),
Tingkat Bawah No. 28 Pusat Niaga Paya Keladi,
20000 Kuala Terengganu,
Terengganu.

Tel : 09 6267 999 / 09 6317 999
Faks : 09 6262 999
Emel : [email protected]

Atau layari portal rasmi http://eperumahan.terengganu.gov.my/eperumahan/