Tahukah anda tentang CUEPACSCARE?
Ianya merupakan pelan takaful / insurans untuk penjawat awam serendah RM32 sebulan untuk satu keluarga.
CUEPACSCARE mula viral di Facebook apabila ada seorang penjawat awam berkongsi bagaimana beliau hanya perlu membayar RM72 sahaja untuk bil hospital berjumlah RM4,000++. Selebihnya ditanggung CEUPACSCARE.
Tiada masalah untuk penjawat awam mengambil pelan insurans luar seperti AIA, Great Estern, Prudential atau lain-lain insurans, namun anda juga perlu tahu kelebihan insurans yang mendapat subsidi kerajaan.
Baca juga: Cara Mohon Kerja Kerajaan 2019 (SPA8i) TERKINI
CUEPACSCARE Penjawat Awam
Sehingga kini, lebih RM210 juta perlindungan telah dikeluarkan melibatkan 73,332 penerima.
Antara keistimewaan CUEPACSCARE termasuklah:
Pelan Perlindungan
Terdapat dua jenis pelan perlindungan di bawah CUEPACSCARE:
- Pelan Individu – Pelan Individu memberi perlindungan kepada ahli daripada umur 18 tahun sehingga 60 tahun dan pembaharuan akan dilanjutkan sehingga umur 70 tahun.
- Pelan Keluarga – Pelan Keluarga memberi perlindungan kepada ahli, pasangan dan semua anak (bilangan anak TIADA HAD). Had umur anak dari 30 hari sehingga 18 tahun dan perlindungan akan dilanjutkan sehingga 23 tahun jika belum berkahwin dan masih belajar sepenuh masa.
Antara rawatan yang dilundingi di bawah pelan insurans ini termasuklah:
- Kemalangan
- Pembedahan
- Rawatan dialisis buah pinggang
- Rawatan kanser
- Penyakit
Had perlindungan pelan keluarga ialah RM80,000 setahun manakala pelan individu RM60,000 setahun.
Cuepacscare melindungi kos rawatan untuk tempoh 30 hari pra dan pasca penghospitalan.
Cara Mendaftar
Cuepacscare terbuka kepada semua penjawat awam berumur dari 18 tahun hingga 60 tahun.
Anak pemohon akan dilindungi seawal umur 30 hari hingga 18 tahun dan perlindungan akan dilanjutkan sehingga 23 tahun jika belum berkahwin dan masih belajar sepenuh masa di Malaysia.
Kadar bayaran bulanan berbeza mengikut pelan.
Bagi pemohon berumur 18 – 55 tahun (pelan keluarga) kadar sumbangan bulanan adalah sebanyak RM106. Manakala RM40 untuk pelan individu.
Bagi yang berumur 56 – 59 tahun pula, kadar sumbangan untuk pelan keluarga adalah RM174 sebulan dan RM69 untuk pelan individu.
Untuk mendaftar, sila ikut beberapa langkah di bawah seperti yang tertera di portal rasmi CUEPACSCARE:
- Muat turun BORANG PERMOHONAN CUEPACSCARE, isikan dengan lengkap dan ditandatangani.
- Sertakan BORANG BIRO ANGKASA BPA 1/79 (**Borang Asal Sahaja) beserta pengesahan majikan.
- Sertakan salinan kad pengenalan pemohon.
- Sertakan salinan slip gaji terkini.
Kemudian sila poskan kesemua dokumen tersebut ke alamat:
MEDICARE ASSISTANCE Sdn Bhd
A-1-8 Pusat Perdagangan Intania
Jalan Intan 1 KS/1, Persiaran Raja Muda Musa
41200 Klang Selangor
Tel: 03-33714248
Faks: 03-33714258
Untuk maklumat lanjut, kami akan kongsikan sebaik portal CUEPACSCARE boleh diakses di sini http://cuepacscare.my/