Advertisements

Jadual Waktu & Tarikh Peperiksaan UPSR 2019 (4-12 September)

Ada anak yang akan menduduki peperiksaan UPSR 2019?

Untuk makluman, Ujian Penilaian Sekolah Rendah akan bermula 4 September (Rabu).

Berikut dikongsikan jadual waktu peperiksaan UPSR tahun 6.

Baca juga: Permohonan SBP 2019 Tingkatan 1 Kini Dibuka. Mohon Sekarang!

Peringatan kepada calon supaya menulis angka giliran dan nombor kad pengenalan dengan jelas dan betul di muka hadapan skrip jawapan peperiksaan bagi semua subjek.

Calon hendaklah membawa bersama borang pengakuan calon setiap kali masuk ke dewan peperiksaan. Contoh borang pengakuan calon adalah seperti di bawah:

jadual upsr 2018

Jadual Waktu & Tarikh UPSR 2019

Biasanya UPSR dijalankan selama 5 hari. Sama juga tahun ini di mana UPSR 2019 akan berlangsung dari 4-12 September.

Antara subjek UPSR tahun ini adalah seperti berikut:

  • Bahasa Cina (Pemahaman & Penulisan)
  • Bahasa Tamil (Pemahaman & Penulisan)
  • Bahasa Melayu (Pemahaman & Penulisan)
  • Bahasa Inggeris (Pemahaman & Penulisan)
  • Matematik (Kertas 1 & 2)
  • Sains (Kertas 1 & 2)

Sekiranya memerlukan set contoh soalan percubaan UPSR, boleh dapatkannya di sini.

Calon yang mendapat keputusan cemerlang boleh menyambung persekolahan di Sekolah Berasrama Penuh atau MRSM terpilih.

Berikut jadual lengkap peperiksaan UPSR 2019 seperti yang tertera di portal Lembaga Peperiksaan KPM.

Sila patuhi segala arahan yang tertera dalam dokumen di atas.

Sekiranya calon didapati melanggar sebarang peraturan peperiksaan dalam Bahagian D: 7. Larangan di Dewan/Bilik Peperiksaan dianggap salah laku dan akan menyebabkan calon dikenakan tindakan tatatertib seperti berikut:

  • keputusan peperiksaan digantung sementara menunggu selesainya penyiasatan;
  • keputusan peperiksaan mana-mana kertas peperiksaan dibatalkan;
  • keputusan peperiksaan yang dikendalikan di sesuatu pusat peperiksaan diisytiharkan terbatal.

Ibu bapa perlu mengikatkan anak-anak akan hal ini bagi mengelak sebarang kesulitan berlaku ketika menjalani peperiksaan nanti.

Keputusan UPSR biasanya diumumkan bulan Oktober. Kami akan kemaskini semula tarikh rasmi nanti.

Keputusan UPSR tidak boleh disemak menggunakan sistem Semakan SAPS Ibu Bapa. Harap maklum.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: