cara jadi cikgu sekolah

11 Laluan Kerjaya Menjadi Cikgu / Guru Sekolah Rendah & Menengah

Nak jadi cikgu sekolah rendah / menengah?

Berikut kami kongsikan apakah bidang pengajian yang anda perlu ambil bagi membolehkan anda menjadi seorang guru sekolah.

Sebelum itu ada beberapa istilah guru yang anda perlu tahu terlebih dahulu.

Pertama; Guru Sandaran Terlatih (GST)

Guru-guru yang dalam proses menunggu untuk disahkan dalam jawatan sebenar dikenali sebagai guru sandaran terlatih. Mereka akan ada ijazah akan dikelompokkan dalam gred DC41.

Selepas disahkan jawatan dalam perkhidmatan awam, barulah jawatan GST dimansuhkan dan digantikan dengan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) gred DG41.

Bagi guru lepasan ijazah kejuruteraan elektrik, mekanikal atau perakaunan boleh memohon mengajar di sekolah-sekolah teknik seluruh Malaysia.

Kedua; Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT)

Istilah GSTT digunakan bagi merujuk mereka yang bukan lulusan diploma / ijazah perguruan namun berminat untuk menjadi guru sekolah.

Biasanya mereka ini ditugaskan sebagai guru ganti di sekolah-sekolah yang kekurangan guru termasuk sekolah berasrama penuh. Perkhidmatan mereka tertakluk kepada kontrok yang ditawarkan.

Ketiga; Guru Interim

Guru interim pula merupakan guru yang menikmati segala faedah sebagai penjawat awam namun jawatan mereka belum disahkan dalam kerajaan lagi.

Tempoh interim tidak akan diambil kira sebagai perkhidmatan tetap, termasuk senioriti dan hitungan sagu hati persaraan (gratiuiti).

Keempat; Guru Ganti

Istilah guru ganti sinonim dengan cikgu cuti bersalin. Biasanya guru ganti merupakan pelajar-pelajar lepasan SPM / STPM yang diberi peluang menggantikan guru yang bercuti bersalin atau mengikuti kursus jangka pendek.

Pihak sekolah dibenarkan mengambil guru ganti apabila terdapat kekosongan sekurang-kurangnya 28 hari. Guru ganti biasanya dibayar gaji harian.

Cara Jadi Cikgu / Guru Sekolah

Berikut dikongsikan pula laluan kerjaya bagaimana caranya untuk menjadi seorang cikgu / guru sekolah.

cara jadi cikgu sekolah

Laluan ini antara pilihan guru-guru yang ingin mengajar di sekolah menengah. Biasanya selepas tamat SPM, mereka akan menyambung pengajian ke matrikulasi KPM.

Selepas setahun di matrikulasi, mereka akan mengambil jurusan pendidikan di mana-mana universiti awam yang ada menawarkan bidang tersebut.

cara jadi guru

Bagi yang mendapat keputusan kurang memuaskan dalam SPM, peluang untuk menjadi seorang guru masih terbuka luas. Caranya anda sambung tingkatan 6 dan pastikan anda lulus dengan cemerlang dalam STPM untuk melayakkan anda ke universiti.

Anda juga boleh memilih laluan ini walaupun tempoh pengajiaannya sedikit panjang berbanding laluan lain.

Selepas SPM anda boleh sambung ke mana-mana program diploma di IPTA. Kemudian mohon sambung pengajian ke peringkat ijazah dalam bidang perguruaan. Barulah anda layak menjadi seorang guru sekolah.

Bagi anda yang memiliki diploma / ijazah yang bukan dalam bidang perguruan namun masih menaruh harapan untuk bergelar cikgu, anda boleh memohon kemasukan ke program DPLI.

Namun program tersebut nampaknya kurang ditawarkan disebabkan lambakan guru yang masih belum mendapat tempat dalam perkhidmatan awam.

Baca juga: Program DPLI Universiti Malaya Kini Dibuka. Mohon Sekarang!

Program KPLI sedikit berbeza dengan program DPLI di mana guru lepasan KPLI akan ditempatkan di sekolah rendah bukan sekolah menengah seperti DPLI.

KPLI dilaksanakan di Institut Pendidikan Perguruan (IPG) selama tempoh setahun.

Lain-lain Laluan…

Selain laluan kerjaya yang dinyatakan di atas, anda juga boleh memilih laluan menjadi guru seperti di bawah:

  • Laluan Ijazah – JQAF – SK
  • Laluan Ijazah – MRSM
  • Laluan Ijazah – Sekolah Swasta
  • Laluan Ijazah – Teach for Malaysia – SMK / SK

Kalau anda perhatikan nak jadi cikgu bukan hanya untuk pelajar lepasan maktab perguruan atau UPSI, namun jawatan cikgu terbuka kepada semua yang berusaha untuk mendapatkannya.

Peluang untuk menjadi seorang pendidik bangsa masih terbuka luas.

Pastikan anda berusaha bersungguh-sungguh sekiranya cikgu / guru adalah minat anda. Semoga berjaya.