Advertisements

Semakan Tawaran Kolej Vokasional & Sekolah Menengah Teknik 2018

Semakan tawaran Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) boleh dibuat bermula 15 Januari 2018 di portal rasmi https://sptv.moe.gov.my/.

Selain itu, anda juga boleh membuat semakan penawaran kemasukan ke program GIATMARA dan WISDEC di portal yang sama.

Permohonan online ke KV dan SMT telah pun ditutup pada 20 Disember 2017. Antara program yang ditawarkan Kementerian Pendidikan Malaysia:

  • Program KV (menjurus kepada Diploma) di KV
  • Aliran Teknikal – Sekolah Menengah Teknik (SPM)
  • Program Kemahiran / Apprenticeship di KV/WISDEC/GIATMARA

Bagi Murid Lepasan PAV  2017, surat tawaran akan diedarkan melalui KV yang dimohon. Bagi Murid Lepasan PAV 2016, surat tawaran akan diedarkan melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

Bagi Murid Lepasan PBS 2017, semakan tawaran boleh dibuat di dalam laman sesawang KPM.

Semakan Tawaran Kolej Vokasional 2018

Apakah perbezaan antara Murid Tingkatan 3 Lepasan Pendidikan Asas Vokasional (PAV) & Murid Lepasan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) – Aliran Perdana / Akademik / Agama ?

Murid lepasan PAV ialah murid yang telah mengikuti asas vokasional mulai Tingkatan Satu (1) di SMK yang menawarkan PAV

Murid lepasan PBS ialah murid menduduki PBS yang merangkumi 4 komponen iaitu:

  • Pentaksiran Pusat (PT3)
  • Pentaksiran Sekolah (PS)
  • Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
  • Pentaksiran Psikometrik (PPsi)

Semakan Tawaran Sekolah Menengah Teknik 2018

Tarikh pendaftaran di institusi ialah pada 23 Januari 2018 (Aliran Perdana) dan 12 Februari 2018 (Aliran PAV).

Sekiranya permohonan anda gagal, calon boleh hadir terus atau menghubungi pihak institusi yang terlibat untuk membuat rayuan mulai 24 Januari hingga 28 Februari 2018 (Aliran Perdana) dan 13 Februari hingga 28 Februari 2018 (Aliran PAV).

Dokumen yang lengkap hendaklah dikepilkan bersama surat rayuan ke mana-mana KV / SMT / GIATMARA / WISDEC seperti berikut:

  • Borang walk-in / rayuan [MUAT TURUN]
  • Salinan Kad Pengenalan Murid (yang telah disahkan)
  • Salinan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tahun 2017 yang merangkumi Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) serta Pentaksiran Tingkatan Tiga  (PT3).

Perlu diingatkan walk-in / rayuan bergantung kepada kekosongan tempat & syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Ahli Jawatankuasa Pemilihan Murid.

Untuk maklumat lanjut, sila layari portal rasmi https://sptv.moe.gov.my/