Advertisements

Tarikh Bayaran PERKESO / SOCSO 2018

Berikut dikongsikan tarikh bayaran PERKESO / SOCSO 2018. Untuk makluman, PERKESO atau Pertubuhan Keselamatan Sosial menyediakan bantuan dari segi perubatan dan kewangan kepada pekerja yang ditimpa malang.

Selain itu PERKESO juga menyediakan faedah pemulihan jasmani dan vokasional serta memupuk kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Terbaru, PERKESO memperkenalkan program Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) yang menyediakan bantuan kewangan seawal 7 hari selepas diberhentikan kerja.

Tarikh Bayaran PERKESO 2018

Pastikan anda baca juga: Tarikh Bayaran Pencen 2018 dan Tarikh Bayaran Gaji 2018

Berikut adalah jadual rasmi tarikh bayaran PERKESO bagi tahun 2018 mengikut bulan.

  • 30 Januari (Selasa)
  • 12 Februari (Isnin)
  • 30 Mac (Jumaat)
  • 30 April (Isnin)
  • 25 Mei (Jumaat)
  • 1 Jun (Jumaat)
  • 11 Jun (Isnin)
  • 1 Ogos (Rabu)
  • 17 Ogos (Jumaat)
  • 20 September (Khamis)
  • 1 November (Khamis)
  • 30 November (Jumaat)
  • 21 Disember (Jumaat)

Tentang PERKESO

Sumbangan PERKESO adalah wajib bagi semua pekerja Malaysia yang  berpendapatan kurang daripada RM3,000 setiap bulan (termasuk yang bekerja sementara atau kontrak).

Walaubagaimanapun, sumbangan tersebut tidak wajib bagi mereka yang berpendapatan RM3,000 ke atas.

Disebabkan oleh prinsip “sekali sertai, sentiasa ahli”, ahli PERKESO yang telah menyumbang kepada PERKESO akan terus menjadi ahli walaupun gajinya telah melepasi RM3,000.

Semua pekerja yang layak perlu didaftar tanpa mengira berapakah umur mereka.

Untuk pekerja yang berumur 60 tahun ke bawah, majikan perlu membayar caruman jenis pertama dan apabila berumur mencapai umur 60 tahun genap, majikan hanya perlu membayar caruman jenis kedua sahaja. Pekerja yang berumur lebih 55 tahun semasa pertama kali masuk kerja di perusahaan yang layak di bawah Akta dan belum pernah mencarum, perlu membayar caruman jenis kedua.

Sama seperti KWSP, mana-mana majikan yang gagal mendaftar boleh dikenakan tindakan kompaun. Jika gagal jelaskan kompaun, tindakan Pendakwaan boleh diambil. Manakala majikan yang gagal mencarum, boleh terus diambil tindakan pendakwaan.

Kadar caruman pekerja adalah berdasarkan kepada gaji pekerja iaitu termasuk upah, kerja lebih masa, komisen dan caj perkhidmatan, bayaran cuti tahun, sakit, bersalin, rehat, kelepasan am, elaun insentif, sara hidup dan sebagainya. Semua pembayaran sama ada mengikut jam, harian, mingguan, bulanan, hasil kerja adalah dianggap gaji.

Untuk maklumat lanjut anda boleh baca segala maklumat di portal rasmi PERKESO.