Advertisements

Senarai Pekerjaan Gaji Paling Mahal di Malaysia Sehingga RM70,000

Siapa cakap kerja makan gaji tak boleh kaya. Berikut kami kongsikan antara 25 pekerjaan gaji paling mahal di Malaysia.

Ada di antaranya yang mencecah RM70,000 sebulan!

Baca juga: Senarai Gaji Menteri-Menteri Di Malaysia

  1. Demand Planning Manager – RM70,000/bulan
  2. Surgeon – RM70,000/bulan
  3. CFO – RM70,000/bulan
gaji paling mahal di malaysia

Gaji Paling Mahal di Malaysia

Namun berdasarkan satu kajian yang dibuat oleh Salary Explorer mendapati rakyat Malaysia pada dasarnya tidak berpuas hati dengan gaji yang mereka terima.

Dengan kadar kenaikkan harga barang dan harga minyak setiap minggu, pastinya bantuan BR1M atau Bantuan Sara Hidup juga tidak mampu meringankan beban mereka.

Disebabkan itulah banyak cadangan diajukan sempena pembentangan Bajet 2018 yang akan datang supaya kerajaan menaikkan gaji terutama penjawat awam.

Sementara itu tinjauan JobStreet berhubung Kepuasan Bekerja Dalam Kalangan Pekerja di Malaysia mendapati, dari segi gaji, 61 peratus responden merasakan gaji mereka adalah rendah dan tidak mampu menyara kehidupan.

Sektor Pekerjaan Berisiko Dibuang Kerja

Bagi lepasan universiti yang masih tercari-cari kerja, anda dinasihatkan untuk tidak memohon kerja di bidang yang berisiko tinggi dibuang kerja.

Anda juga boleh cuba memohon kerja di Singapura.

Selain itu permohonan SL1M 2018 juga dibuka. Yang berminat boleh terus memohon di portal rasmi SL1M.

Berikut merupakan 3 sektor pekerjaan paling berisiko dibuang kerja susulan pelaksanaan sistem automasi. Antaranya:

  1. Kewangan
  2. Peruncitan
  3. Pembuatan

Mengikut data dari Kajian Forum Ekonomi Dunia (WEF), sebanyak 5 juta pekerjaan digantikan dengan mesin sejak tahun 2015.

Pada 2016, 40,000 pekerja diberhentikan sementara lebih 17,000 lagi dibuang sehingga Jun tahun ini.

Pada 2015, 44,000 pekerja diberhentikan dan 18,000 daripadanya adalah daripada sektor perbankan, susulan langkah industri kewangan yang melaksanakan sistem perbankan dalam talian.

Sementara laporan The Future of Employment oleh Universiti Oxford pada 2013 meletakkan pegawai telepemasaran, pegawai kredit dan juruwang sebagai pekerjaan paling berisiko untuk digantikan dengan mesin.

Manakala pekerja sosial, pakar terapi pemulihan serta pakar diet dan nutrisi adalah pekerjaan yang paling selamat.

Selain itu, Pengasas Syarikat Perunding DDG, Justin Tobin mencadangkan para pekerja mula mempelbagaikan kemahiran bagi menghadapi masa hadapan yang semakin mencabar.