Advertisements

Permohonan SKIP: Skim Pinjaman Komputer Pelajar Institusi MARA 2021

Bagi pelajar-pelajar yang sedang melanjutkan pengajian di Institusi Pendidikan MARA, anda dialu-alukan untuk memohon satu lagi insentif terbaharu daripada pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) iaitu Skim Pinjaman Komputer Pelajar (SKIP) Institusi Pendidikan MARA.

Matlamat SKIP diwujudkan adalah untuk membantu pelajar Institusi Pendidikan MARA memiliki komputer untuk kemudahan dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran masing-masing seiring dengan perkembangan teknologi dan kaedah baharu pembelajaran.

Konsep pembiayaan SKIP adalah menggunakan konsep pembiayaan Al-Murabahah yang mana pinjaman ini hanya terhad untuk pembelian komputer riba sahaja.

Permohonan SKIP dibuka secara atas talian mulai 1 Februari sehingga 31 Mac 2021.

Institusi Pendidikan MARA Yang Terlibat

Pelajar Institusi Pendidikan MARA yang layak untuk memohon SKIP adalah seperti:

  • Kolej Mara (KM)
  • Institut Kemahiran MARA (IKM)
  • Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)
  • MARA Japan Industrial Institute (MJII)
  • Koleh Professional MARA (KPM)
  • Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
  • Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM)
  • Kolej Poly-Tech MARA (KPTM)
  • German Malaysian Institute (GMI)

Syarat Pinjaman

Syarat pembiayaan pinjaman SKIP adalah terbahagi kepada 4 perkara iaitu kelayakan, amaun pinjaman, jaminan, dan perbekalan komputer.

Kelayakan

  1. Skim ini ditawarkan kepada pelajar yang mengikuti pengajian sepenuh masa di peringkat pengajian seperti:
    i) Persediaan/Pra-Universiti
    ii) Sijil
    iii) Diploma
    iv) Ijazah Sarjana Pertama (Sarjana Muda)
  2. Had umur pelajar yang layak memohon SKIP adalah seperti berikut:
    i) Persediaan/Pra-Universiti: 20 tahun
    ii) Sijil/Diploma: 30 tahun
    iii) Ijazah Sarjana Muda: 45 tahun
  3. Pelajar tersebut mestilah pelajar baharu atau pelajar sedia ada yang mempunyai baki pengajian tidak kurang dari 1 tahun.
  4. Pelajar layak memohon 1 kali pinjaman komputer bagi setiap peringkat pengajian dan pelajar yang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi adalah layak untuk dipertimbangkan untuk pinjaman seterusnya.
  5. Pelajar tersebut mestilah tidak mendapat kemudahan pinjaman atau kemudahan komputer dari badan penaja/pihak lain.

Amaun Pinjaman

  1. Amaun pinjaman komputer riba maksimum adalah sebanyak RM3,000 sahaja.
  2. Penetapan jumlah pinjaman adalah tertakluk kepada harga sebenar dan tidak boleh melebihi jumlah maksimum yang ditetapkan.
  3. Tiada sebarang faedah akan dikenakan bagi skim pinjaman ini.

Jaminan

  1. Penjamin adalah diperlukan bagi pembiayaan skim pinjaman ini.
  2. Syarat-syarat penjamin yang telah ditetapkan dalah seperti berikut:
    i) Penjamin mestilah warganegara Malaysia.
    ii) Penjamin berumur 21 tahun dan ke atas.
    iii) Penjamin merupakan Ibu/Bapa/Penjaga/Ahli Keluarga.
    iv) Pendapatan kasar penjamin sekurang-kurangnya RM500 sebulan.

Perbekalan Komputer

  1. Pembelian komputer akan diuruskan oleh pihak Institusi Pendidikan MARA melalui pembekal yang telah ditetapkan oleh pihak MARA seperti:
    i) UniKL Resources Sdn. Bhd.
    ii) Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd.
    iii) Rural Capital Berhad
    iv) Glocal Link (M) Sdn. Bhd.
  2. Komputer yang akan dibekalkan adalah komputer baharu mengikut spesifikasi yang dipersetujui oleh pihak MARA.

Cara Memohon

Pelajar yang berminat dan ingin membuat permohonan SKIP, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web aplikasi.mara.gov.my/skip
  2. Klik butang ‘Permohonan Online.’
  3. Isi maklumat yang dikehendaki pada 6 halaman dan klik butang ‘Next.’
  4. Apabila sampai ke paparan terakhir, klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Kelulusan bagi permohonan ini adalah tertakluk kepada Jawatankuasa Pengurusan Pinjaman Pelajaran (JK3P).

Pembayaran Balik Pinjaman

Pelajar yang memperoleh pembiayan SKIP perlu membayar semula pinjaman tersebut sekaligus atau ansuran tertakluk kepada baki tempoh pengajian dan tempoh maksimum 36 bulan.

Pembayaran secara ansuran bermula selepas 2 bulan penjaman diluluskan dan melalui potongan daripada akaun aktif yang telah dipersetujui oleh peminjam.

Pengiraan bayaran ansuran bulanan adalah seperti berikut:

Nilai Pinjaman (RM)
———————————— = Jumlah Ansuran (RM) bulanan
Tempoh Bayaran Balik (bulan)

Adalah diingatkan, pelajar yang menarik diri atau diberhentikan oleh pihak Institusi Pendidikan MARA perlu menjelaskan keseluruhan pinjaman tersebut dalam tempoh 3 bulan selepas tamat pengajian.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai SKIP, sila layari laman web MARA iaitu https://www.mara.gov.my/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.