Advertisements

Permohonan Kolej Profesional MARA (KPM) Ambilan Jun 2019

Permohonan kemasukan ke Kolej Profesional MARA atau KPM bagi ambilan Jun 2019 telah pun dibuka bermula 4 Mac lalu.

Kepada adik-adik lepasan SPM yang ingin menyambung pengajian peringkat diploma, anda boleh memohon secara online di portal rasmi MARA.

Permohonan akan ditutup pada 5 April 2019.

Berikut dikongsikan beberapa maklumat penting tentang syarat kemasukan ke KPM.

Baca juga: Permohonan PISMP Program Guru Tajaan KPM

Permohonan Kolej Profesional MARA KPM

Setiap permohonan ke Kolej Profesional MARA diuruskan oleh Unit Pusat Institusi MARA (UPIM).

UPIM ditugaskan memproses permohonan pemohon dan menyelaras penempatan pemohon yang berjaya.

Selain itu, UPIM juga menguruskan pengambilan pelajar-pelajar ke Institut-Institut Pendidikan MARA lain seperti:

  • UniKL
  • German-Malaysian Institute
  • Kolej Poly-Tech MARA
  • Kolej MARA
  • Kolej Universiti Poly-Tech MARA
  • Kolej KETENGAH International College
  • GIATMARA

Untuk keterangan lanjut anda boleh hubungi Bahagian Pendidikan Tinggi MARA di talian 03-261 34074 / 34075 / 34076 / 34077 / 34081

Syarat Kelayakan

Syarat am bagi mengikuti program Diploma di Kolej Profesional MARA mestilah Bumiputera lepasan SPM.

Syarat khusus berbeza mengikut program pengajian yang ditawarkan.

Anda boleh rujuk Info UPIM untuk senarai syarat kemasukan KPM 2019.

Senarai KPM

Berikut dikongsikan secara Kolej Profesional MARA KPM seluruh Malaysia beserta program-program yang ditawarkan.

KPM Ayer Molek

  • Diploma in Accounting
  • Diploma in Business Studies
  • Certified Accounting Technician (CAT)

KPM Beranang

  • Diploma in Accounting
  • Diploma in Business Studies
  • Diploma in Computer Science
  • Diploma in Landscape and Horticulture

KPM Indera Mahkota

  • Diploma in Accounting
  • Diploma in Computer Networking
  • Diploma in English Communication
  • Diploma in Creative Digital Media Production
  • Intensive English Programme

KPM Bandar Penawar

  • Diploma in Accounting
  • Diploma in Integrated Logistics Management

KPM Seri Iskandar

  • Diploma in Marketing
  • Diploma in International Business
  • Diploma in English Communication
  • Diploma in Business Information Technology
  • Intensive English Programme

KPM Bandar Melaka

  • Diploma in Entrepreneurship
  • Diploma in Islamic Banking & Finance
  • Diploma in Halal Industry Compliance

Untuk memohon, sila layari portal rasmi http://apponline.mara.gov.my/upimonline/

Status permohonan boleh disemak 2-3 minggu selepas tarikh tutup permohonan pada 5 April nanti.

Pengajian di KPM tidak memerlukan pinjaman MARA memandangkan ianya kolej bantuan penuh kerajaan di mana yuran pengajian telah dibiayai oleh MARA.

Pelajar hanya perlu menyediakan wang pendaftaran, buku teks dan lain-lain pembayaran keperluan pengajian di KPM.

Semua pelajar tahun 1 (semester 1 & 2) diwajibkan tinggal di asrama. Selepas itu ianya bergantung kepada kekosongan dan syarat yang ditetapkan.

Dan pelajar tidak dibenarkan membawa kenderaan sendiri untuk ke kolej.

Untuk maklumat lanjut anda boleh ke alamat berikut:

UNIT PUSAT INSTITUSI MARA BAHAGIAN PENDIDIKAN TINGGI MARA,
TINGKAT 12 IBU PEJABAT MARA JALAN RAJA LAUT,
50609 KUALA LUMPUR

Atau emel ke [email protected]

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: