Advertisements

TS25 – Program Transformasi Sekolah 2025

Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.

Mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025

Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang Program Transformasi Sekolah 2025 ini teruskan membaca artikel ini sehingga ke penghujung.

Apa itu TS25?

Pada 19 Januari 2015, Perdana Menteri ketika itu telah meluluskan pelaksanaan Program Sekolah Transformasi (PST) KPM, dan pada 27 April 2017 program ini telah menjalani penjenamaan semula kepada Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25).

TS25 ini merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah yang berkualiti tinggi agar selaras dengan keperluan semasa pendidikan di negara kita.

TS25
TS25

Melalui program ini ia mengaplikasikan amalan terbaik dalam pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Sejak tahun 2021, pelaksanaan Program TS25 ini telah diurustadbir sepenuhnya oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dengan didokong oleh Bahagian-bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Objektif Program

Tiga objektif utama Program TS25 ini adalah untuk :

  1. Mengaplikasi konsep dan amalan PdPc terbaik
  2. Membangunkan kepakaran dalaman melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan.
  3. Membangunkan persekitaran pembelajaran yang berkesan dengan mengutamakan kemenjadian murid.

Matlamat TS25

KPM telah menetapkan tiga matlamat utama yang perlu dicapai oleh semua sekolah-sekolah di Malaysia pada tahun 2025 berdasarkan program ini, matlamat tersebut ialah:

  1. Memantapkan kepimpinan sekolah.
  2. Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc).
  3. Mengukuhkan pelibatan ibu bapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid.

Konsep Program

Konsep Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui, yang akan dicapai menerusi transformasi dalam lima teras yang berikut:

  •          Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
  •          Penglibatan pengajaran dan pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna
  •          Disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan
  •          Guru yang kompeten, beraspirasi tinggi
  •          Komitmen komuniti yang padu.
Konsep TS25

Bagi ibu bapa yang ingin membeli alatan persekolah sebagai persediaan tahun hadapan boleh dapatkan barangan tersebut di sini.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkenaan Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) ini, anda boleh ke laman rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia.

Baca juga: Skor Kompetensi Digital (DCS) 2023 : Pengenalan & Tarikh Pelaksanaan

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.