Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan Malaysia atau SPLKPM merupakan sistem yang dibangunkan untuk memudahkan proses pengurusan latihan, bengkel, kursus, dan seminar yang boleh disertai oleh para guru di bawah KPM.
Latihan adalah penting bagi meningkatkan kemahiran dan ilmu seseorang pekerja termasuklah para guru.
Untuk makluman, KPM telah menetapkan para guru perlu melengkapkan latihan sekurang-kurangnya 5 hari setahun selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan KPM Bil.4/2014.
Melalui SPLKPM, para guru boleh melihat senarai kursus yang boleh disertai di dalam sistem ini.
Kehadiran para guru ke kursus, seminar, bengkel, atau latihan yang diadakan akan direkodkan menerusi SPLKPM.
Para guru boleh melihat jumlah kursus yang telah disertai sama ada mencukupi jumlah minima hari yang ditetapkan atau belum menerusi SPLKPM.
Kaedah Pengiraan
Jumlah pengiraan latihan yang perlu dipenuhi oleh para guru seperti yang ditetapkan oleh KPM adalah seperti berikut:
- 6 jam adalah bersamaan 1 hari latihan.
- Setahun, para guru perlu menghadiri latihan sekurang-kurangnya 5 hari atau 30 jam.
- Tiada had bagi latihan bersemuka/konvensional, pembelajaran kendiri atau sesi pembelajaran.
Senarai Latihan Yang Boleh Disertai
Terdapat 3 jenis latihan yang boleh disertai oleh para guru iaitu:
- Latihan bersemuka/konvensional
- Pembelajaran kendiri
- Sesi pembelajaran
Latihan bersemuka/konvensional yang boleh dihadiri oleh para guru adalah seperti berikut:
- Kursus
- Seminar
- Konvensyen
- Bengkel
- Forum
- Lawatan rasmi korporat/sambil belajar
- Simposium
- Klinik kaunseling
Bagi pembelajaran kendiri pula, para guru boleh menyertai latihan seperti berikut:
- Penggunaan Portal E-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA)
- Pembacaan buku-buku ilmiah dan disokong dengan ulasan
- Pembacaan Jurnal Ilmiah, laporan, kajian ilmiah secara fizikal atau maya.
Latihan menerusi sesi pembelajaran yang boleh disertai oleh para guru pula adalah seperti berikut:
- Sesi perkongsian ilmu
- Perhimpunan bulanan
- Pertemuan mentor dan menti
- Sesi kaunseling dan persidangan
- Program penerapan nilai-nilai murni
- Perbentangan kertas kerja
- Program Executive Talk
- Program sambutan/program khas
- Sesi Perbincangan/perkongsian idea pengurusan tertinggi/tetamu jemputan khas
- Coaching and mentoring
- Menyampaikan ceramah dalam kurus/bengkel (Modul pertama kali dibentangkan atau tajuk yang sama sahaja diambil kira)
Cara Login SPLKPM
Para guru boleh mengikuti langkah-langkah berikut untuk login SPLKPM:
- Layari laman web rasmi SPLKPM iaitu https://splkpm.moe.gov.my/i_splg/
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan kata laluan.
- Klik butang ‘Hantar.’
- Apabila masuk ke dalam sistem, klik bahagian Pembelajaran Kendiri dan lihat senarai ‘Pembelajaran Kendiri’ yang dipaparkan.
- Kemudian klik bahagian ‘e-Pembelajaran’ dan klik ‘Tambah Aktiviti’ untuk latihan yang ingin disertai.
- Akhir sekali, hubungi admin SPLKPM sekolah untuk membuat sokongan dan pengesahan berdasarkan sijil yang diberikan.
Pertanyaan Lanjut
Para guru yang mempunyai pertanyaan lanjut mengenai SPLKPM boleh menghubungi penyelaras SPLKPM setiap negeri iaitu:
- Admin JPN Johor: 07-2311402
- Admin JPN Kedah: 04-7404209
- Admin JPN Kelantan: 09-7418377
- Admin JPN Melaka: 06-2327179
- Admin JPN Negeri Sembilan: 06-7653201
- Admin JPN Pahang: 09-5715700
- Admin JPN Perak: 05-5015026
- Admin JPN Perlis: 04-9737663
- Admin JPN Pulau Pinang: 04-5757640
- Admin JPN Sabah: 08-8537010
- Admin JPN Sarawak: 08-2473410
- Admin JPN Selangor: 03-55121958
- Admin JPN Terengganu: 09-6213329
- Admin JPN WP Kuala Lumpur: 03-62036287
- Admin JPN WP Labuan: 087-583351
- Admin JPN WP Putrajaya: 03-88903070
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari portal rasmi SPLKPM di sini.