Untuk login APDM KPM secara online, sila rujuk panduan di bawah yang telah dikemaskini bagi tahun 2020.
Berikut adalah panduan lengkap tatacara menggunakan sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid atau APDM Kehadiran 2020 yang boleh diakses melalui apdm.moe.gov.my
Tujuan utama sistem ini dibangunkan bagi merekod kehadiran murid ke sekolah.
Sistem ini dipertanggungjawabkan kepada guru-guru untuk segala data berkaitan murid secara sistematik.
Setiap tahun, pihak sekolah perlu mengemaskini data berikut sebelum tamat sesi persekolahan:
- Nama murid
- Status warganegara
- Kaum
- Agama
- Jantina
- Maklumat Penjaga termasuk pendapatan, pekerjaan, alamat, nombor telefon, dan maklumat majikan
Proses kemaskini diutamakan buat murid Tahun 5, Tingkatan 2 dan Tingkatan 4 yang akan menduduki peperiksaan besar tahun berikutnya.
Semakan keputusan peperiksaan boleh dibuat melalui sistem SAPS Ibu Bapa.
Kegagalan / kelewatan guru kelas mengemaskini data murid boleh menyebabkan murid berkelayakan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP) tidak dapat menerima bantuan tersebut.
Baca juga: Permohonan eGTUKAR Secara Online
Panduan Login APDM KPM
Sebelum itu, sekiranya terdapat sebarang masalah anda boleh rujuk guru APDM untuk lakukan langkah berikut:
- Login menggunakan kod sekolah, (cth idpengguna = ABC1234)
- Klik pendaftaran kelas, cari nama kelas/guru yg dimaksudkan
- Klik kemaskini
- Akhir sekali klik butang Kemaskini Maklumat Kelas
Namun jika masalah tidak selesai, anda boleh ajukan ke emel ke [email protected]
Perlu diingatkan bermula 2018, setiap pengguna perlu menukar katalaluan baharu untuk memastikan id pengguna tidak disalahguna.
Berikut langkah-langkah kemaskini maklumat murid oleh guru-guru.
Untuk manual operasi pengurusan bantuan, sila rujuk:
- SPK Biasiswa Kecil Persekutuan
- APB Biasiswa Sukan
- APB Biasiswa dan KWAPM – Daftar Guru di eOperasi
- APB KWAPM – Permohonan KWAPM Guru KWAPM
- APB KWAPM – Permohonan KWAPM Pengetua & Guru Besar
- APB KWAPM – Pengesahan Permohonan KWAPM PPD
- APB EMK – Pengesahan Guru EMK
Manual Sistem Aplikasi Data Murid
Bagi anda yang belum mahir, berikut dikongsikan manual penggunaan sistem tersebut.
- Manual Penetapan Subjek
- Manual Kemaskini Maklumat Murid Berkeperluan Khas (OKU)
- Kemaskini Maklumat Bantuan Murid
Untuk padam data murid dalam sistem ini sila rujuk infografik di bawah:
Soalan Lazim APDM Online
Sistem ini boleh diakses melalui portal rasmi apdm.moe.gov.my
Sila hubungi admin APDM sekolah anda untuk menukar kata laluan baru.
Sila rujuk infografik di atas untuk memadam murid dari sistem ini.
Sila rujuk panduan lengkap tatacara mengemaskini rekod murid dan bantuan murid di sini.
Maklumat Terkini
Melalui notis terkini di portal APDM, berikut antara maklumat yang perlu anda tahu:
- Sila download maklumat pembayaran KWAPM 2020 di sini
- Surat pengemaskini tahun 2020 di sini
- Panduan pengurusan rekod kehadiran murid di sini
Untuk rujukan lanjut, sila hubungi mana-mana pegawai meja APDM mengikut negeri masing-masing. Rujuk sini untuk senarai lengkap nombor telefon pegawai.
Baca juga: Login Dashboard SPLKPM Untuk Senarai Kursus