Advertisements

Syarat & Panduan Permohonan Program Insan Johor 2020

Bagi membantu peniaga B40 dan M40 di Johor, Kerajaan Negeri Johor menerusi Unit Strategik Modal Insan Johor (SMI) telah memperkenalkan satu program yang dinamakan Program Insan Johor 2020.

Program ini diperkenalkan khusus bagi membantu peniaga-peniaga B40 dan M40 di Johor yang terjejas perniagaan mereka akibat penularan wabak COVID-19.

Penularan wabak COVID-19 amat dirasai oleh kebanyakan rakyat di Malaysia khususnya peniaga apabila perniagaan mereka terjejas akibat penularan wabak ini.

Matlamat program ini diperkenalkan adalah untuk menyuntik daya saing, menambah pendapatan dan meningkatkan taraf hidup masyarakat agar dapat merancakkan lagi kegiatan ekonomi di negeri Johor.

Melalui program ini, para peniaga B40 dan M40 akan menerima bantuan peralatan untuk mereka menjalankan projek ekonomi dan perniagaan dengan lebih aktif.

Program ini telah dibuka kepada pendaftaran bermula 11 Jun 2020 lalu dan akan ditutup pada 4 Julai 2020.

Pakej Bantuan Yang Ditawarkan

Di dalam Program Insan Johor 2020 ini, terdapat lima pakej bantuan yang ditawarkan iaitu:

  1. Pakej Jahitan
    Pakej ini merangkumi bidang berkaitan jahitan pakaian, langsir dan alas meja.

    Antara peralatan yang akan diberikan ialah:
    i) Mesin Jahit Lurus Industri
    ii) Mesin Jahit Tepi Industri
    iii) Mesin Jahit Sulam
  2. Pakej Automotif
    Pakej ini merangkumi bidang berkaitan kenderaan bermotor seperti bengkel motorsikal atau kereta.

    Peralatan yang akan diberikan antaranya ialah:
    i) Air Compressor
    ii) Car Tyre Changer
  3. Pakej Agro
    Pakej ini merangkumi semua yang terlibat dalam bidang pertanian, perladangan dan tanaman.

    Antara peralatan yang akan diberikan ialah:
    i) Mesin Rumput
    ii) Mesin Gempur Tanah
  4. Pakej Gunting Rambut Lelaki
    Pakej ini merangkumi bidang perkhidmatan untuk mengunting rambut.

    Peralatan yang akan diberikan melalui pakej ini ialah:
    i) Barber Chair
    ii) Washing Chair
  5. Pakej Makanan dan Minuman
    Pakej ini merangkumi bidang berkaitan perkhidmatan makanan dan minuman termasuk produk makanan, sejuk beku, bakeri, dan lain-lain.

    Pemohon dalam pakej ini akan menerima peralatan antaranya:
    i) Industrial Oven (saiz kecil)
    ii) Heavy Duty Stand Mixer (saiz sederhana)
    iii) Chiller (1 pintu)

Kelima-lima pakej bantuan ini melibatkan bantuan peralatan yang akan diberikan kepada individu yang layak selepas mereka membuat permohonan.

Namun, bantuan ini tidak membabitkan pembaikan, penyelenggaraan dan penambahan mesin atau peralatan sedia ada.

Selain itu, bantuan tersebut turut merangkumi latihan dan kursus kemahiran yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta berkaitan kemahiran asas seperti pemasaran atas talian atau online marketing dan pengurusan kewangan.

Syarat-Syarat Permohonan Program Insan Johor

Program Insan Johor 2020 tertakluk kepada beberapa syarat yang perlu dipenuhi oleh individu yang berminat untuk memohon iaitu:

  1. Lahir di negeri Johor atau telah bermastautin di Johor sekurang-kurangnya 5 tahun berturut-turut.
  2. Berumur 18-60 tahun semasa membuat permohonan.
  3. Individu yang belum menerima bantuan peralatan daripada agensi Kerajaan sejak tahun 2016 adalah diutamakan.
  4. Telah mendaftar perniagaan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Disember 2019.
  5. Hanya satu permohonan sahaja dibenarkan untuk satu isi rumah.
  6. Bantuan yang diterima akan dijalankan secara sepenuh masa.

Cara-Cara Untuk Memohon

Bagi individu yang telah memenuhi syarat-syarat yang telah dinyatakan di atas, anda boleh membuat permohonan seperti langkah-langkah berikut.

  1. Pemohon dikehendaki mengisi maklumat permohonan yang lengkap melalui platform Google Form iaitu https://forms.gle/qwLL9ckjEwmZMhnB8.
  2. Setelah mengisi permohonan yang lengkap, klik submit untuk menghantar permohonan.
  3. Selepas tempoh 3 bulan daripada tarikh tutup permohonan, jika pemohon tidak mendapat sebarang pemberitahuan, permohonan tersebut dianggap tidak berjaya.
  4. Pemalsuan maklumat di dalam permohonan akan menyebabkan permohonan pemohon terbatal serta-merta.
  5. Pemohon hanya dibenarkan memohon sekali sahaja sepanjang tempoh permohonan dibuka.

Info & Maklumat Lanjut

Bagi individu yang ingin mendapatkan info atau maklumat lanjut boleh terus berhubung dengan pejabat Unit Strategik Modal Insan Johor (SMI) di alamat:

No 2, Jalan Iskandar Puteri 1/3,
Taman Nusantara Prima,
Iskandar Puteri Commercial Centre,
79200 Iskandar Puteri,
Johor Darul Takzim.

Waktu pejabat bagi Ahad hingga Rabu adalah dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dan pada hari Khamis adalah dari jam 8.00 pagi hingga 3.30 petang.

Selain itu, individu yang berminat juga boleh membuat panggilan di talian 07-266 7271/7269 atau melayari Facebook Unit Strategik Modal Insan Johor untuk mendapatkan maklumat lanjut dan terkini.  

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.