Advertisements

Permohonan Bantuan Penjaja RM500 (Selangor Prihatin)

Untuk makluman, permohonan bantuan penjaja sebanyak RM500 di bawah Pakej Rangsangan Selangor Prihatin akan ditutup pada 7 Jun 2020.

Berikut dikongsikan syarat kelayakan dan cara-cara memohon bantuan tersebut.

Selangor Prihatin merupakan sebuah insentif khas kerajaan Negeri Selangor dalam membantu rakyatnya menangani kesusahan akibat kesan wabak COVID-19.

Sebanyak RM127.78 juta diperuntukkan pada fasa pertama.

Kemudian ditambah RM272.5 juta pada fasa kedua

Antara yang mendapat manfaat melalui Selangor Prihatin termasuklah:

  • RM3 juta kepada petugas barisan hadapan
  • RM47 juta bagi meningkatkan kesihatan rakyat melalui skim Peduli Sihat
  • RM1.8 juta kepada mangsa COVID-19
  • RM1.5 juta kepada petani / penternak / nelayan

Untuk senarai lengkap bantuan yang disediakan di bawah insentif Selangor Prihatin, anda boleh rujuk portal rasmi https://www.selangorprihatin.com

Bantuan Penjaja RM500

Bagi yang ingin memohon bantuan penjaja sebanyak RM500, anda mestilah memenuhi syarat di bawah:

  1. Memiliki lesen / permit sah di bawah undang-undang PBT negeri Selangor
  2. Hanya sekali permohonan diterima walaupun memiliki lebih dari 1 lesen PBT

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat secara online melalui portal rasmi Selangor Prihatin bermula 8 April sehingga tarikh tutup 7 Jun 2020.

Setiap permohonan perlulah menggunakan nombor kad pengenalan masing-masing.

Sistem akan reject mana-mana permohonan yang menggunakan kad pengenalan sama sebelum ini.

Sekiranya layak, anda perlu mengisi maklumat akaun bank.

Paling penting, maklumat akaun bank dan maklumat pemilik lesen / permit mestilah orang yang sama.

Semak Kelayakan

Semakan status kelayakan boleh dibuat di sini.

Sekiranya lulus, pembayaran akan dibuat dalam masa 14 hari bekerja dari tarikh permohonan.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi 1-800-22-6600 atau emel ke [email protected]

Soalan Lazim

Saya tidak memperbaharui lesen permit tahun 2020, adakah saya layak?

Tidak layak. Bantuan ini hanya untuk pemilik lesen permit yang masih aktif bagi tahun 2020.

Sebelum PKP saya ada menjalankan perniagaan tetapi belum mendaftar permit, adakah saya layak?

Tidak layak.

Saya berniaga kecil-kecilan dan mempunyai lesen/ permit sah tahun 2020, namun apabila saya mengisi nombor Kad Pengenalan, maklumat sistem menunjukkan nombor Kad Pengenalan saya tidak wujud, adakah saya tidak layak dan kenapa?

Hanya pemohon yang memiliki lesen/ permit sah tahun 2020 dari PBT/ Majlis Negeri Selangor di bawah Undang-undang Kecil Penjaja sahaja layak.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.