Semakan dan Rayuan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan IPG

Bagi yang telah memohon untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan di Institut Pendidikan Guru (IPG), semakan keputusan permohonan telah dibuka!

Semakan ini terbuka kepada para pemohon yang telah melepasi beberapa peringkat tapisan seperti penyediaan demonstrasi pengajaran dan melepasi Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) yang dibuat secara online.

Bagi pemohon yang berjaya, anda akan mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan di salah satu daripada 27 IPG di seluruh negara.

Berikut merupakan antara maklumat penting yang perlu diambil perhatian oleh para pemohon sebelum membuat semakan.

SEMAKAN KEPUTUSAN PISMP

Bagi para pemohon yang ingin membuat semakan, anda boleh membuat semakan seperti berikut:

  1. Setiap pemohon boleh mula membuat semakan bermula pada 12 tengah hari, 3 Jun 2020.
  2. Semakan boleh dibuat melalui portal http://upu.moe.gov.my/
  3. Sebarang tawaran program, bidang pengkhususan, dan tempat pengajian yang ditawarkan adalah muktamad.

PEMOHON YANG LAYAK MEMBUAT RAYUAN

Bagi pemohon yang tidak berjaya, jangan khuatir kerana anda masih boleh membuat rayuan.

Namun, rayuan tertakluk kepada pemohon yang menepati syarat-syarat berikut:

  1. Para pemohon yang telah menjalani saringan UKGC dan telah menghantar video demonstrasi pengajaran.
  2. Para pemohon yang telah memohon program IPG namun tidak mendapat mana-mana tawaran dalam pilihan 1 sehingga pilihan 4 semasa permohonan UPU Online dibuat.
  3. Para pemohon yang telah memohon pilihan 1 hingga 4 bagi Program Bahasa Melayu, Pendidikan Awal Kanak-Kanak, dan Sejarah di Sekolah Kebangsaan, Bimbingan dan Kaunseling serta Matematik di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, dan tidak mendapat mana-mana tawaran dalam pilihan 1 hingga 12 semasa permohonan UPU Online dibuat. Sekiranya rayuan pemohon diterima, pihak IPGM boleh menawarkan mana-mana aliran atau bidang sekolah mengikut keperluan Kementerian Pendidikan Malaysia seperti berikut:
    i) Bahasa Melayu Pendidikan Rendah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina atau Tamil untuk tahap 2. Dalam hal ini, syarat kepujian Bahasa Cina tidak diperlukan namun mempunyai syarat kepujian dalam Bahasa Cina adalah satu kelebihan.
    ii) Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah di Sekolah Kebangsaan.
    iii) Pendidikan Khas Masalah Penglihatan di Sekolah Kebangsaan.

Para pemohon dinasihatkan untuk merujuk syarat pengkhususan di portal http://upu.moe.gov.my/.

Hanya para pemohon yang mempunyai kelayakan syarat bidang sahaja akan dipertimbangkan.

PEMOHON YANG TIDAK LAYAK MEMBUAT RAYUAN

Walau bagaimanapun, terdapat pemohon yang tidak layak membuat rayuan seperti:

  1. Para pemohon yang tidak mengikuti saringan UKGC dan tidak menghantar video demonstrasi pengajaran.
  2. Para pemohon yang telah menerima tawaran daripada mana-mana pusat pengajian melalui UPU sama ada universiti, matrikulasi, asasi, politeknik, atau kolej komuniti.

INFO PENTING BAGI PEMOHON YANG INGIN MEMBUAT RAYUAN

Bagi para pemohon yang ingin membuat rayuan, anda dikehendaki untuk mengambil perhatian terhadap beberapa perkara berikut:

  1. Para pemohon yang ingin membuat rayuan boleh membuat rayuan di pautan https://pismp.moe.gov.my/. Hanya pemohon yang membuat rayuan melalui pautan tersebut sahaja yang akan diproses.
  2. Keputusan rayuan adalah muktamad.
  3. Tarikh tutup bagi permohonan rayuana dalah pada 10 Jun 2020.

MAKLUMAT LANJUT PROGRAM IJAZAH SARJAN MUDA PERGURUAN

Jika pemohon ingin mendapatkan maklumat atau mempunyai pertanyaan, pemohon boleh terus menghubungi ke alamat berikut:

Institut Pendidikan Guru Malaysia,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 1-3, Blok 2250, Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya, Selangor.
Telefon: 03-8312 6666/ 03-8312 6720/ 6678/ 6768/ 6693/ 6733/ 6731/ 6689/ 6760/ 6758/ 6769
Email: [email protected] atau [email protected]

Para pemohon juga digalakkan untuk melayari laman web Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat https://pismp.moe.gov.my/

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.