Bagi para pelajar yang tidak dapat hadir ke sekolah, sudah pasti mereka perlu memaklumkan kepada pihak guru atau pihak sekolah mengenai ketidakhadiran mereka.
Untuk memaklumkan hal tersebut, sudah pasti ibu bapa pelajar perlu menghantar surat tidak hadir bagi pihak anak mereka kepada pihak guru.
Surat tidak hadir ke sekolah lazimnya dihantar untuk memaklumkan kepada guru kelas atau pihak sekolah mengenai sebab atau punca kehadiran seseorang pelajar ke sekolah.
Sebagai contoh, kadang kala pelajar tidak hadir ke sekolah disebabkan urusan kecemasan seperti urusan kematian, masalah kesihatan dan sebagainya.
Ini bagi memastikan punca ketidakhadiran para pelajar dapat diketahui dan ketidakhadiran tersebut berada dalam pengetahuan pihak guru dan sekolah.
Surat tidak hadir ke sekolah perlulah ditulis menggunakan format surat kiriman rasmi.
Ini kerana, perhubungan surat ini adalah kepada institusi yang rasmi iaitu dihantar kepada pihak guru atau pihak sekolah.
Format Surat Tidak Hadir Ke Sekolah
Surat tidak hadir ke sekolah perlu menggunakan format surat kiriman rasmi, penggilan dan penggunaan bahasa yang formal.
- Nama dan Alamat Pelajar
Nama dan alamat pengirim perlu diletakkan di bahagian paling atas sebelah kiri surat.
Pengirim lazimnya ialah para ibu bapa yang mewakili anak mereka bagi surat terbabit.
Nama pengirim perlulah ditulis penuh dan bukan nama singkatan atau panggilan.
Bagi alamat pula, setiap alamat mestilah mempunyai nombor rumah, nombor jalan, nama lokaliti, poskod, bandar, dan negeri.
Setiap baris perlulah diletakkan koma pada hujung setiap baris kecuali baris yang terakhir yang perlu diletakkan tanda noktah.
Sebagai contoh:
Ahmad Mustaqim Bin Hamdan,
No. 15, Jalan 38/46B,
Taman Desa Setapak,
53300 Kuala Lumpur.
Selang sebaris selepas alamat tersebut perlu diletakkan garisan memanjang untuk memisahkan antara alamat pengirim iaitu ibu bapa dan alamat penerima iaitu guru atau pihak sekolah. - Nama atau Alamat Guru Kelas/Guru Besar/Pengetua
Lazimnya, surat tidak hadir ke sekolah dihantar sama ada kepada guru kelas.
Nama guru kelas tersebut mestilah ditulis dengan nama penuh.
Alamat pula perlulah diletakkan alamat sekolah dan bukan alamat persendirian guru kelas terbabit.
Sama seperti di atas, di hujung setiap baris nama dan alamat penerima mestilah diletakkan tanda koma kecuali pada baris terakhir yang perlu diletakkan tanda noktah.
Sebagi contoh:
En. Rahman Bin Ujang,
Guru Kelas 3 Cemerlang,
Sekolah Menengah Taman Desa Setapak,
53300 Setapak,
Kuala Lumpur. - Tarikh
Tarikh surat tersebut ditulis mestilah diletakkan di bahagian kanan surat iaitu sebaris dengan nama negeri guru kelas terbabit.
Tarikh mestilah ditulis dengan menulis nombor haribulan, nama bulan yang ditulis penuh dengan kesemua huruf adalah huruf besar dan nombor tahun.
Sebagai contoh:
18 JUN 2020 - Gelaran
Selepas menulis tarikh surat ditulis, selang sebaris daripada tarikh dan baris terkahir alamat ialah panggilan gelaran.
Lazimnya, untuk surat tidak hadir ke sekolah, panggilan penerima untuk guru kelas bagi lelaki ialah Tuan manakala bagi perempuan pula ialah Puan.
Pada hujung gelaran tersebut mestilah disertai dengan tanda koma. - Perkara
Perkara ialah satu penyataan bagi menunjukkan tujuan surat ini dihantar.
Bagi surat tidak hadir ke sekolah, perkara perlulah mengandungi penyataan tidak hadir ke sekolah.
Kesemua penyataan perkara tersebut mestilah digariskan.
Contoh perkara di dalam surat:
Tidak Hadir ke Sekolah Atas Masalah Kesihatan - Kandungan Surat
Kandungan surat mestilah mempunyai beberapa perenggan yang mejelaskan mengenai tujuan surat tersebut dihantar.
Setiap perenggan tersebut mestilah dimulakan dengan penomboran bermula daripada perenggan dua.
Bagi surat tidak hadir ke sekolah, kandungan surat bagi mestilah menyatakan sebab-sebab yang lebih terperinci mengenai ketidakhadiran pelajar terbabit ke sekolah. - Tandatangan Berserta Nama Pengirim
Tandatangan pengirim perlulah diturunkan pada bahagian akhir surat.
Selepas tandatangan diturunkan, ia mestilah disertai dengan nama penuh pada baris seterusnya yang ditulis dengan keseluruhan huruf ialah huruf besar.
Contoh Surat Tidak Hadir Ke Sekolah
Di bawah merupakan contoh surat tidak hadir ke sekolah yang boleh dijadikan panduan.
Contoh surat ini adalah selari dengan format yang telah diterangkan di atas.
Contoh 1:
Contoh 2: