Bagi para ibu tunggal di Malaysia, anda kini boleh memohon Bantuan Ibu Tunggal sebanyak RM300 secara online.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 5 Jun yang lalu telah mengumumkan pakej rangsangan ekonomi jangka pendek yang dipanggil Pelan Jana Ekonomi (PENJANA).
Salah satu insentif yang telah diumumkan di dalam PENJANA ialah pemberian wang tunai one-off kepada ibu tunggal di Malaysia sebanyak RM300.
Pemberian wang tunai ini dijangka akan disalurkan terus ke akaun para ibu tunggal yang telah membuat permohonan sebelum Hari Raya Aidiladha.
Pemberian bantuan ini diharap mampu memberikan kelegaan kepada ibu tunggal dalam meneruskan kehidupan mereka khususnya mereka yang terkesan akibat penularan wabak COVID-19.
Pemberian bantuan ini akan disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Wanita yang merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat.
Selain itu, PENJANA juga menyediakan beberapa bantuan lain seperti Program Subsidi Upah PERKESO dan banyak lagi!
Definisi Ibu Tunggal
Menurut Jabatan Pembangunan Wanita, ibu tunggal dapat ditakrifkan berdasarkan kriteria-kriteria berikut:
- Seseorang perempuan yang menjadi Ketua Isi Rumah, bertaraf perkahwinan balu atau bercerai / berpisah tetap dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama;
- Seseorang perempuan yang menjadi Ketua Isi Rumah tetapi mempunyai suami yang tidak sihat dan tidak berkemampuan untuk bekerja dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama atau;
- Seseorang perempuan yang menjadi Ketua Isi Rumah, tidak pernah berkahwin tetapi mempunyai anak iaitu anak angkat atau anak tidak sah taraf.
Oleh itu, jika seseorang wanita itu tergolong di dalam salah satu kriteria di atas, maka mereka layak dipanggil ibu tunggal dan layak untuk menerima bantuan ibu tunggal.
Ini termasuklah Bantuan Khas Ibu Tunggal sebanyak RM300 yang diberikan kerajaan untuk mereka yang tergolong sebagai ibu tunggal.
Permohonan Bantuan Ibu Tunggal PENJANA
Bagi ibu tunggal yang berminat untuk memohon, mereka perlu mempunyai akaun email Gmail.
Bagi ibu tunggal yang masih belum mempunyai akaun email Gmail, mereka boleh merujuk langkah-langkah mendaftar akaun email Gmail baharu mereka di sini.
Bagi yang sudah mempunyai akaun email Gmail, berikut merupakan langkah-langkah untuk memohon Bantuan Khas Ibu Tunggal:
- Log in akaun email Gmail anda.
- Kemudian, klik link di bawah mengikut negeri pemohon.
a) Negeri Perlis
b) Negeri Kedah
c) Negeri Pulau Pinang
d) Negeri Perak
e) Negeri Selangor
f) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan
g) Negeri Johor
h) Negeri Sembilan
i) Negeri Melaka
j) Negeri Pahang
k) Negeri Terengganu
l) Negeri Kelantan
m) Negeri Sabah
n) Negeri Sarawak - Isikan maklumat yang dikehendaki dengan lengkap.
- Klik submit pada paparan terakhir untuk menghantar permohonan.
Pendaftaran Dengan Jabatan Pembangunan Wanita
Jabatan Pembangunan Wanita turut menggalakkan para ibu tunggal untuk mendaftar dengan agensi tersebut.
Antara manfaat yang boleh diperolehi apabila mendaftar dengan Jabatan Pembangunan Wanita ialah mereka boleh mendapat bantuan seperti:
- Program peningkatan kemahiran
- Latihan keusahawanan kepada golongan wanita yang ingin berkecimpung dalam bidang keusahawanan seperti program DeWI, Bazar Wanita, dan Program Bantuan Kesejahteraan Emosi menerusi Program Kaunseling.
Bagi ibu tunggal yang ingin mendaftar dengan Jabatan Pembangunan Wanita, terdapat dua kaedah pendaftaran boleh dilakukan iaitu:
- Permohonan secara online di http://iwanita.jpw.gov.my/ atau;
- Hadir di Pejabat Pembangunan Wanita Negeri di seluruh Malaysia.
Info dan Maklumat Lanjut
Bagi pemohon yang memerlukan maklumat dan info lanjut mengenai Bantuan Khas Ibu Tunggal, mereka boleh melayari laman web Jabatan Pembangunan Wanita di https://www.jpw.gov.my/.
Pemohon juga boleh terus menghubungi Jabatan Pembangunan Wanita di talian 03-8323 1000 atau terus ke alamat:
Jabatan Pembangunan Wanita,
Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat,
Aras 23-25, No.55, Persiaran Perdana, Presint 4,
62100 Putrajaya.