Advertisements

Bantuan Elektrik Prihatin: Nikmati Elektrik Percuma Dari April – Jun 2020

Kerajaan hari ini telah mengumumkan Bantuan Elektrik Prihatin (BEP) yang akan memanfaatkan lebih 4 juta pengguna domestik di seluruh Malaysia.

Pengumuman ini dibuat oleh Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Pengumuman mengenai BEP ini sekaligus menamatkan kegelisahan orang awam mengenai kenaikan bil elektrik yang mendadak sepanjang waktu PKP.

BEP merupakan tambahan kepada diskaun elektrik di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) sedia ada bermula April 2020 sehingga September 2020 dan akan dimasukkan secara sekaligus dalam bil bulan Julai 2020.

Baca juga: Klik sini untuk semak bil elektrik online

Bantuan Elektrik Prihatin (BPE)

Melalui BPE, kerajaan bersetuju memberikan bil elektrik percuma sebanyak RM77 dari April hingga Jun 2020.

Ini bermakna, sekiranya pengguna hanya menggunakan elektrik daripada 0 hingga 300 kWj pada bulan tersebut, bil elektrik pengguna pada bulan tersebut adalah percuma.

Jumlah pengguna yang terlibat menerima manfaat ini adalah sebanyak 3,999,685 orang.

Bagi 2,330,386 pengguna yang menggunakan elektrik sekitar 201 hingga 310 kWj pula, diskaun sebanyak 15% akan diberikan selain bil elektrik percuma sebanyak RM77 setiap bulan.

Ini bermakna mereka akan menerima diskaun sebanyak RM231 bagi ketiga-tiga bulan dan juga diskaun sebanyak 15%.

Bagi blok tarif di antara 601-900 kWj pula, pengguna layak menerima BPE sebanyak bil eketrik percuma RM77 sebulan dan diskaun tambahan 10% diberikan berbanding hanya 2% diskaun sebelum ini.

Ini bermakna, mereka akan mendapat manfaat RM231 bagi tiga bulan dan juga diskaun sebanyak 10% yang melibatkan seramai 916,000 orang atau 12% daripada keseluruhan pengguna domestik.

Bagi blok tarif sebanyak 900 kWj ke atas, pengguna akan menikmati bantuan sebanyak RM77 sebulan bersamaan dengan RM231 bagi ketiga-tiga bulan dan diskaun elektrik sebanyak 2%.

Ini akan memberikan manfaat kepada 414,989 orang pengguna yang menggunakan elektrik dalam blok tarif ini.

Jika pengguna telah membuat bayaran pada bulan April, Mei dan Jun, maka lebihan bayaran untuk ketiga-tiga bulan tersebut akan dikreditkan ke dalam bil Julai 2020.

Untuk BPE ini, pengguna tidak perlu membuat sebarang permohonan kepada TNB untuk menikmati manfaat BPE ini kerana ia akan diberikan secara otomatik.

Selain itu, TNB juga bersetuju untuk menunda kesemua aktiviti pemotongan elektrik sehingga 30 September 2020 untuk memberi ruang kepada mereka yang menghadapi masalah kewangan ketika menghadapi musim COVID-19 ini.

Soalan Lazim

Siapakah yang layak menerima BPE?

Semua pelanggan dan pengguna domestik TNB layak menerima BPE yang jumlahnya akan dimasukkan secara sekaligus ke dalam bil bulan Julai 2020.

Adakah pelanggan komersial, perindustrian dan pertanian juga layak menerima BPE?

BPE ini hanya diberikan kepada pelanggan domestik TNB yang terkesan akibat bil elektrik yg lebih tinggi daripada kebiasaan pada bulan April 2020, Mei 2020 dan Jun 2020 sahaja. Nmaun, pelanggan komersial, perindustrian dan pertanian masih menikmati diskaun Prihatin dari April 2020 sehingga September 2020 yang telah diumumkan oleh kerajaan sebelum ini.

Adakah pengguna akan menerima BPE ini dalam bentuk wang tunai?

Pelanggan akan menikmati BPE yang akan dimasukkan ke dalam bil bulan Julai 2020 secara sekali gus.

Saya masih menerima bil anggaran, bagaimanakah saya boleh mendapatkan bil sebenar?

Sekiranya pelanggan tidak mendapat bacaan bil sebenar, pelanggan boleh menghubungi TNB Careline untuk mengatur temu janji untuk pembaca meter mengambil bacaan meter di premis pelanggan. Pelanggan juga boleh mengambil bacaan meter sendiri dan memajukan gambar bacaan meter melalui emel TNB Careline, [email protected]. Bil sebenar akan dikeluarkan selepas itu

Bolehkah BPE untuk menyelesaikan amaun tunggakan yang lepas?

Boleh. BPE adalah bantuan tambahan yang diberikan secara sekali gus untuk meringankan beban pembayaran bil elektrik untuk tempoh 3 bulan, iaitu April 2020, Mei 2020 dan Jun 2020.

Adakah BPE masih diteruskan selepas bulan Julai 2020?

Tidak. BPE adalah bantuan tambahan yang diberikan secara sekali gus pada bulan Julai 2020 bagi meringankan beban kenaikan bil yang tinggi pada bulan April 2020, Mei 2020 dan Jun 2020.

Maklumat dan Info Lanjut

Bagi pelanggan dan pengguna yang ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut, mereka boleh melayari laman web TNB di www.tnb.com.my/prihatin atau menghantar emel ke [email protected].

Selain itu, pengguna juga boleh menghubungi TNB CareLine di talian 1-300-88-5454 atau mengunjungi mana-mana Kedai Tenaga yang berhampiran.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.