Advertisements

Semakan Rayuan GKP 2.0: Jumlah & Tarikh Bayaran 5 Februari 2021

Advertisements

Kementerian Kewangan Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa tarikh pembayaran Rayuan Geran Khas Prihatin 2.0 (GKP 2.0) akan mula dibayar kepada penerima mulai 5 Februari 2021 sebanyak RM3,000.

Untuk makluman, permohonan Rayuan GKP 2.0 telah dilaksanakan pada 7 Disember hingga 21 Disember 2020 yang lalu bagi memberi peluang kepada Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) Mikro yang gagal menerima GKP sebelum ini.

Setiap permohonan rayuan yang diterima oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) akan disemak silang atau diverifikasi dengan agensi yang lain seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi memastikan PKS mikro tersebut benar-benar layak.

Seramai 52,000 permohonan rayuan daripada PKS mikro di seluruh Malaysia telah diluluskan dengan peruntukan sebanyak RM155 juta.

Oleh itu, semakan Rayuan GKP 2.0 boleh mula dibuat oleh pemohon bermula 4 Februari 2021 secara atas talian.

Apakah Maksud GKP?

GKP adalah bantuan kewangan secara one-off yang diberikan kerajaan berjumlah RM3,000 kepada PKS mikro yang berkelayakan yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di seluruh negara.

Selain itu, GKP dilaksanakan bertujuan untuk meringankan beban kewangan perniagaan akibat penularan wabak COVID-19 serta meningkatkan produktiviti pengeluaran dan daya tahan perniagaan demi kelangsungan PKS mikro terbabit.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Sehingga kini, pelaksanaan GKP telah merangkumi dua fasa iaitu GKP 1.0 dan GKP 2.0 yang mana sebanyak 850,000 PKS mikro di seluruh negara telah menerima manfaat melalui kedua-dua fasa GKP tersebut dengan peruntukan sebanyak RM2.55 bilion.

Penambahan Peruntukan GKP 2021

Untuk tahun 2021, menerusi pengumuman yang dibuat oleh kerajaan di dalam Belanjawan 2021 dan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI), kerajaan telah bersetuju untuk menambah peruntukan bagi melaksanakan GKP yang seterusnya pada tahun ini.

Menerusi Belanjawan 2021, GKP Tambahan akan diberikan kepada PKS mikro di Sabah dengan bantuan sebanyak RM1,000 yang dijangka memanfaatkan penerima sebanyak 50,000 PKS mikro dengan peruntukan sebanyak 50 juta.

Di samping itu, menerusi Pakej PERMAI pula, GKP Tambahan atau GKP PERMAI akan diberikan kepada 815,000 PKS mikro di semua negeri yang melaksanakan PKP dengan bantuan sebanyak RM1,000 manakala untuk PKS mikro yang berada di luar kawasan PKP pula, bantuan sebanyak RM500 akan diberikan.

Syarat Kelayakan GKP

Terdapat beberapa syarat kelayakan GKP yang perlu dipenuhi oleh pemohon iaitu:

  • Pemohon iaitu pemilik PKS mikro tersebut mestilah warganegara Malaysia
  • Pemohon masih aktif menjalankan perniagaan dan perniagaan belum ditutup.
  • Jumlah jualan atau perolehan tahunan perniagaan adalah kurang daripada RM300,000.
  • Jumlah pekerja sepenuh masa yang ada di dalam perniagaan adalah tidak melebihi 5 orang dan tidak termasuk pemilik perniagaan.

Antara syarat lain yang ditetapkan adalah berdaftar dengan beberapa agensi yang berkaitan seperti:

  • LHDNM sebelum atau pada 31 Ogos 2020.
  • PBT atau SSM sebelum atau pada 31 Ogos 2020.

Cara Membuat Semakan

Untuk membuat semakan Rayuan GKP 2.0, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://gkp.hasil.gov.my/.
  2. Masukkan no. kad pengenalan pemohon.
  3. Tekan logo ‘Kanta’ di bahagian kanan.
  4. Masukkan angka Captcha dan klik butang ‘Semak.’
  5. Keputusan rayuan dipaparkan.

Soalan Lazim

Berapakan jumlah bantuan yang diterima menerusi Rayuan GKP 2.0 ini?

Jumlah bantuan yang akan diterima pemohon yang layak adalah sebanyak RM3,000.

Bilakah semakan status Rayuan GKP 2.0 boleh dilakukan?

Semakan status Rayuan GKP 2.0 boleh mula dibuat mulai 4 Februari 2021 secara atas talian.

Bilakah bayaran Rayuan GKP 2.0 mula diagihkan kepada akaun penerima?

Bayaran Rayuan GKP 2.0 akan mula dikreditkan kepada akaun penerima mulai 5 Februari 2021.

Saya berstatus tidak lulus dan adakah saya boleh membuat rayuan sekali lagi?

Tidak. Buat masa ini, permohonan rayuan untuk status tidak lulus tidak dibuka.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai Rayuan GKP 2.0, sila hubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000/603-8911 1100 (Luar Negara).

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.