Kepada para penjaja atau peniaga di seluruh Negeri Pulau Pinang, anda kini boleh membuat semakan bagi pemberian Bantuan Khas Penjaja/Peniaga Pulau Pinang menerusi Pakej Bantuan Rakyat 3.0 Pulau Pinang yang diumumkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang secara one-off berjumlah RM500.
Menurut Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa Pulau Pinang, Jagdeep Singh Deo, seramai 14,712 peniaga dan penjaja yang berdaftar di Negeri Pulau Pinang akan menerima bantuan ini.
Bantuan ini diberikan bagi membantu para penjaja atau peniaga yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan kerajaan baru-baru ini.
Pemberian bantuan ini diharap mampu meringankan sedikit beban khususnya kepada para penjaja atau peniaga yang tidak dapat menjalankan perniagaan mereka akibat pelaksanaan PKP.
Semakan Bantuan Khas Kewangan ini boleh mula dibuat mulai 25 Januari hingga 28 Februari 2021 secara atas talian.
Pakej Bantuan Rakyat 3.0 Pulau Pinang
Untuk makluman, Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 21 Januari 2021 yang lalu telah mengumumkan Pakej Bantuan Rakyat 3.0 Pulau Pinang dengan peruntukan sebanyak RM20 juta.
Sebanyak RM10 juta diperuntukkan bagi menyalurkan bantuan kepada para penjaja dan peniaga yang berdaftar dan layak.
Manakala, RM10 juta lagi diperuntukkan untuk pemberian bantuan kepada penarik beca, pengusaha kantin sekolah dan peruntukan khas kepada wakil rakyat di Pulau Pinang untuk membantu rakyat di kawasan mereka.
Penjaja/Peniaga Yang Layak
Penjaja atau peniaga yang layak untuk memohon Bantuan Khas Kewangan ini adalah seperti berikut:
- Peniaga dan penjaja yang berlesen dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
- Penjaja atau penggerai yang berniaga dalam kompleks makanan/kedai persendirian (shop lot) yang berlesen dengan PBT.
- Penjaja atau penggerai yang mempunyai tagging dan berdaftar dengan PBT.
- Perniagaan salun rambut atau gunting rambut yang berlesen dengan PBT.
- Perkhidmatan salun kecantikan dan spa yang berlesen dengan PBT.
- Perkhidmatan pusat refleksologi yang berlesen dengan PBT.
- Peniaga atas talian yang berdaftar dan mempunyai permit dengan PBT.
Cara Semakan
Untuk semakan dan kemaskini, penjaja atau peniaga perlu membuat semakan berdasarkan PBT yang terlibat.
Bagi penjaja atau peniaga di bahagian pulau, mereka perlu membuat semakan melalui Majlis Bandaraya Pulau Pinang manakala penjaja atau peniaga di bahagian Seberang Perai, mereka perlu membuat semakan melalui Majlis Bandaraya Seberang Perai.
Langkah-langkah membuat semakan melalui Majlis Bandaraya Pulau Pinang adalah seperti berikut:
- Layari laman web https://elesen.mbpp.gov.my/mppplic/query/info_query.jsp.
- Isi no kad pengenalan dan no lesen.
- Klik ikon ‘Carian.’
- Maklumat kelayakan akan dipaparkan.
- Jika penjaja atau peniaga tersebut layak, kemaskini maklumat yang diperlukan.
- Kemudian, klik butang ‘Hantar.’
Cara semakan melalui Majlis Bandararaya Seberang Perai pula adalah seperti berikut:
- Layari laman web http://bantuanrm500-covid.mbsp.gov.my/list.html.
- Isi no kad pengenalan dan no. rujukan lesen.
- Klik butang ‘Hantar.’
- Maklumat penjaja atau peniaga tersebut dipaparkan.
- Jika maklumat tersebut betul, klik butang ‘Sahkan.’
- Masukkan maklumat-maklumat berikut:
i) Nama bank
ii) No. akaun bank
iii) No. telefon
iv) Email - Klik butang ‘Hantar.’
Pertanyaan & Maklumat Lanjut
Untuk pertanyaan sila hubungi pihak Majlis Perbandaran Pulau Pinang di talian 04-263 7000/7637 atau menghantar whatsapp ke 016-200 4082.
Bagi yang ingin menghubungi pihak Majlis Perbandaran Seberang, anda boleh menghubungi di talian 04-549 7685.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Majlis Perbandaran Pulau Pinang http://www.mbpp.gov.my/ atau laman web Majlis Perbandaran Seberang Perai https://www.mbsp.gov.my/.