Kementerian Perpaduan Negara melalui Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) mengalu-alukan semua NGO, yayasan, dan syarikat berdaftar untuk memohon Geran Kewangan MITRA 2021.
Geran ini diperkenalkan bagi mengatasi masalah utama yang membelenggu masyarakat India di dalam negara tertutamanya mereka yang tergolong dalam isi rumah berpendapatan rendah atau B40.
Selain itu, masyarakat India di Malaysia masih terbelenggu dengan beberapa cabaran lain antaranya tidak mendapat perkhidmatan kesihatan yang diperlukan, ketidakstabilan keluarga, dan lain-lain lagi.
Melalui geran ini, NGO dan syarikat berdaftar akan mendapat bantuan kewangan bagi melaksanakan program-program pembangunan dan peningkatan taraf hidup masyarakat India.
Permohonan bagi Geran Kewangan MITRA 2021 dibuka mulai 30 Januari hingga 12 Mac 2021.
Jenis Program Dilaksanakan
Untuk pelaksanaan program melalui Geran Kewangan MITRA ini, NGO, yayasan, atau syarikat berdaftar boleh melaksanakan beberapa jenis program seperti:
- Program khidmat masyarakat yang berkaitan dengan kesejahteraan keluarga secara holistik seperti fizikal, emosi, kerohanian dan intelektual.
- Program pemantapan belia untuk remaja berisiko tinggi dan keciciran.
- Program kesedaran dan motivasi untuk mengelakkan penyalahgunaan bahan seperti dadah, alkohol dan tembakau.
- Program pemerkasaan wanita khususnya ibu tunggal.
- Program sokongan kepada warga emas, golongan kurang upaya dan gelandangan dalam mendapatkan bantuan kebajikan.
- Program pemeriksaan kesihatan dan kempen kesedaran kesihatan.
- Program perumahan untuk masyarakat B40 India di Malaysia.
- Program agar masyarakat India dapat mempelajari ilmu pengetahuan keagamaan, adat, kebudayaan dan seni masyarakat India termasuk sukan tradisional.
Output Program
Pelaksanaan program-program tersebut diharap mampu menghasilkan beberapa output seperti:
- Meningkatkan taraf hidup masyarakat India yang tergolong daripada B40.
- Mengurangkan kadar jenayah di kalangan masyarakat India, terutamanya dalam aspek penyalahgunaan dadah, gangsterisme dan alkoholisme.
- Mengurangkan bilangan kes penderaan, keganasan rumah tangga dan penceraian di kalangan masyarakat India.
- Mengurangkan bilangan kes keciciran sekolahdi kalangan pelajar India B40.
- Mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan masyarakat India B40.
- Mengurangkan kes kemurungan dan bunuh diri.
- Meningkatkan kadar pendaftaran perkahwinan dan dokumentasi yang sah.
- Meningkatkan kualiti hidup keluarga, wanita tunggal dan orang kurang upaya di kalangan masyarakat India B40.
- Mengurangkan bilangan gelandangan di kalangan masyarakat India.
- Meningkatkan bilangan warga emas yang menerima perlindungan dan menjalani kehidupan yang sihat.
- Meningkatkan penghayatan Individu terhadap kepentingan identiti diri, budaya dan agama.
- Melahirkan golongan belia yang berbudi pekerti, berkaliber dan mampu menjadi agen transformasi di peringkat komuniti
- Meningkatkan keupayaan masyarakat India dalam aspek daya fikir, nilai-nilai kemanusiaan, keagamaan dan kerohanian yang dapat dipraktikkan dalam kehidupan harian.
- Meningkatkan usaha kerjasama antara kerajaan, badan swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam pelaksanaan program serta pengoptimuman inisiatif sedia ada mahupun yang baru dalam pembangunan keluarga dan masyarakat India.
Syarat Kelayakan
Syarat-syarat kelayakan bagi mana-mana pihak yang ingin memohon Geran Kewangan MITRA adalah seperti berikut:
- NGO tersebut Diperbadankan di bawah ROS/ROC.
- Ahli Jawatankuasa pelaksana program mesti mempunyai pengalaman minimum sebanyak 3 tahun dalam bidang berkaitan.
- Program mesti dijalankan oleh ahli sendiri yang mana sukarelawan dan khidmat luaran adalah tidak dibenarkan.
- Sekiranya sesebuah entiti itu pernah menerima dana daripada MITRA sebelum ini, pencapaian prestasi NGO/entiti tersebut akan diambil kira dalam proses penilaian.
- Skop program haruslah berbentuk pengurusan masalah sosial, memenuhi keperluan hidup atau penyediaan peluang mobiliti sosial.
- Program yang dicadangkan haruslah berimpak tinggi dan mampu meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat India B40
Selain itu, terdapat beberapa syarat pilihan lain yang ditetapkan iaitu:
- Organisasi tersebut mestilah berpengalaman dalam melaksanakan program pembangunan sosial dan mestilah mempunyai reputasi serta keupayaan yang mantap dalam memahami isu-isu di kalangan kumpulan sasaran.
- Organisasi tersebut mestilah berkebolehan dan berkeupayaan dalam melaksanakan program yang berkesan dengan mengurangkan masalah-masalah sosial di kalangan kumpulan sasaran.
- Organisasi tersebut mestilah dapat melaksanakan program atau projek yang komprehensif di peringkat nasional, negeri atau tempatan.
- Organisasi tersebut mestilah mampu memberikan komitmen yang sepenuhnya supaya program dapat memberikan impak yang positif.
- Bekerjasama dengan agensi kerajaan dan NGO berkaitan (contohnya KPWKM, KBS, KPM) untuk menyediakan khidmat kaunseling dan bimbingan khususnya kepada golongan belia, ibu tunggal, warga emas, gelandangan dan golongan kurang upaya berdasarkan kepada isu-isu sosial yang asas di kalangan masyarakat B40 India.
- Organisasi tersebut mempunyai hubungan yang baik dengan pihak berkepentingan di setiap peringkat untuk menjamin pelaksanaan program yang berkesan.
- Organisasi tersebut mestilah dapat menghebahkan maklumat program kepada kumpulan sasaran, iaitu masyarakat B40 India melalui jerayawara (roadshow), media cetak, radio, televisyen dan media sosial.
- Organisasi tersebut mestilah mempunyai maklumat terperinci mengenai kumpulan sasaran (isi rumah B40) yang terkandung di dalam skop program mereka serta mempunyai kefahaman yang mendalam terhadap keperluan mereka.
Cara Memohon
Untuk memohon Geran Kewangan MITRA 2021, pemohon dikehendaki mengikuti langkah-langkah berikut:
- Layari layari laman web MITRA iaitu https://mitra.gov.my/.
- Pergi ke bahagian ‘Sistem Pengurusan Geran MITRA’ dan klik ‘MGMS Login.’
- Kemudian klik pautan ‘Daftar Akaun M-GMS.’
- Isi maklumat yang diperlukan dan klik ‘Daftar Akaun.’
- Log in dengan memasukkan alamat email dan kata laluan.
- Setelah login, klik butang ‘Permohonan Baru.’
- Tandakan pada bahagian setuju syarat dan klik butang ‘Simpan & Sambung.’
- Isi maklumat-maklumat berikut:
i) Maklumat organisasi
ii) Maklumat ahli jawatankuasa
iii) Cadangan program
iv) Maklumat tenaga pengajar
v) Lokasi peserta program
vi) Jadual program
vii) Implikasi kewangan
viii) Dokumen sokongan - Kemudian, sila sahkan permohonan dan klik butang ‘Hantar.
Soalan Lazim
Sistem MGMS tidak membenarkan pemohon untuk mengemaskini permohonan mereka yang terdahulu. Bagi sebarang pembetulan dalam permohonan hendaklah dihantar melalui permohonan yang baru serta memaklumkan kepada pihak MITRA bahawa permohonan yang terdahulu tidak digunapakai (sila berikan nombor rujukan permohonan tertera di bahagian atas borang permohonan).
Ya. Selepas mengemukakan permohonan geran kewangan ini, organisasi tersebut bersetuju untuk memberi kebenaran secara automatik dan/atau kebenaran bertulis kepada MITRA untuk melakukan pemeriksaan latar belakang ke atas organisasi sebagai salah satu langkah dalam proses penilaian permohonan. Pihak MITRA juga berhak untuk membatalkan kelayakan mana-mana organisasi yang gagal membenarkan pemeriksaan latar belakang organisasi
MITRA berhak untuk tidak mempertimbangkan mana-mana permohonan sekiranya permohonan tersebut tidak disertakan dengan dokumen yang lengkap, maklumat yang diberikan tidak sahih atau pun sekiranya hasil pemeriksaan latar belakang tidak memuaskan.
MITRA tidak akan menyatakan sebab penolakan dan keputusan MITRA adalah muktamad serta sebarang rayuan tidak akan dilayan.
Tidak. Segala maklumat dan akaun yang pernah digunakan pada tahun 2019 tidak lagi digunapakai. Sehubungan itu, anda harus mendaftar akaun baru menggunakan Sistem Pengurusan Geran MITRA (M-GMS).
Pertanyaan Lanjut
Untuk pertanyaan lanjut mengenai Geran Kewangan MITRA 2021, sila hubungi pihak MITRA di talian 03-8091 8198 atau melalui email ke [email protected].