Bagi individu yang ingin mencari pekerjaan dan merupakan warga Negeri Selangor, anda kini boleh memohon pekerjaan melalui laman web Selangor Kerjaya.
Untuk makluman, Program Selangor Kerjaya adalah inisiatif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) yang bertujuan untuk memacu ekonomi warga Selangor melalui pemadanan kerjaya yang berkesan.
Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, Program Selangor Kerjaya merupakan inisiatif diambil kerajaan Negeri Selangor bagi pengurusan bakat dan tenaga kerja dalam menangani wabak COVID-19.
Kerajaan Negeri Selangor mensasarkan untuk menyediakan 10,000 peluang pekerjaan yang bersesuaian dengan kemahiran tenaga melalui kaedah ‘profiling’, ‘upskilling’ dan ‘job placement‘ dalam tempoh 3 tahun akan datang.
Mengenai Selangor Kerjaya
Menerusi Selangor Kerjaya, pemadanan calon akan disesuaikan dengan kehendak majikan melalui profil pintar bagi mengenal pasti keperluan kemahiran kedua-dua pihak dalam meningkatkan kemahiran untuk IR4.0.
Calon yang memohon menerusi program ini akan menjalani penilaian profil serta pemadanan kerjaya sebelum penempatan kerja sebenar dilakukan.
Program ini juga bakal memberi pendedahan dan pengalaman industri secara langsung kepada para calon menerusi latihan di tempat kerja tanpa sebarang kos.
Keistimewaan Selangor Kerjaya
Terdapat 3 keistimewaan utama untuk para pemohon yang memohon pekerjaan melalui platform ini iaitu:
- Pelbagai peluang pekerjaan yang ekslusif untuk warga Selangor sahaja.
- Pemadanan kerjaya dengan pemprofilan pintar bagi para pemohon untuk memilih kerjaya yang sesuai.
- Latihan-latihan profesional serta akses pembelajaran atas talian disediakan selama 12 bulan.
Proses Pengambilan
Proses pengambilan pekerja melalui program ini adalah seperti berikut:
- Proses 1: Pendaftaran.
- Proses 2: Muat naik resume dan lengkapkan ujian profil pintar.
- Proses 3: Menghadiri sesi temuduga yang ditetapkan.
- Proses 4: Mula bekerja.
- Proses 5: Latihan akan diberikan untuk untuk kekal berdaya saing.
Cara Mendaftar
Untuk memohon pekerjaan melalui Selangor Kerjaya, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:
- Layari laman web iaitu https://www.selangorkerjaya.com.my/.
- Klik butang ‘Daftar Sekarang.’
- Isi maklumat berikut
i) Maklumat peribadi
ii) Kelayakan tertinggi
iii) Maklumat pekerjaan - Tandakan tanda ‘Betul’ dalam kotak yang disediakan.
- Klik butang ‘Sumbit.’
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut tentang program ini, sila layari laman web https://www.selangorkerjaya.com.my/ atau menghubungi talian 012 717 5774.