Advertisements

Minhah COVID19: Bantuan Tambahan Khas RM200 MAINJ

Advertisements

Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) membuka permohonan bagi mereka yang terjejas dan memerlukan bantuan akibat COVID-19 menerusi Bantuan Tambahan Khas COVID-19 atau Minhah COVID19.

Bantuan Tambahan Khas COVID-19 ini diberikan untuk meringankan beban rakyat Johor yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19 yang masih menular di dalam negara.

Untuk makluman, Minhah COVID19 akan memberikan manfaat seramai 17,000 individu yang terjejas akibat pandemik ini.

Permohonan bagi Bantuan Tambahan Khas COVID-19 ini dibuka mulai 1 Disember hingga 14 Disember 2020 secara atas talian.

Baca juga: Bantuan Zakat Kecemasan COVID-19

Syarat Kelayakan Minhah COVID19

Pemohon yang ingin memohon Minhah COVID19 perlu memenuhi syarat kelayakan berikut:

  1. Pemohon mestilah beragama Islam.
  2. Pemohon ialah warganegara Malaysia.
  3. Pemohon telah bermastautin di Negeri Johor untuk tempoh 3 tahun.
  4. Pemohon mestilah bukan penerima bantuan bulanan MAINJ.

Cara Permohonan

Pemohon yang ingin memohon Minhah COVID-19 ini boleh mengikuti langkah-langkah berikut:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Layari link di bawah mengikut daerah pemohon:
    i) Daerah Johor Bahru: https://forms.gle/VUkjicCJYEcdpjKZ7
    ii) Daerah Kota Tinggi: https://forms.gle/DB5cHwwgZaHCcN6X6
    iii) Daerah Mersing: https://forms.gle/dc4Qr45XkUkTazTX8
    iv) Daerah Kluang: https://forms.gle/jswFFPTizvVYpDc9A
    v) Daerah Kulai: https://forms.gle/TPQ7BvRpYmDAwUjT7
    vi) Daerah Pontian: https://forms.gle/tt2k8qZErhtKbRQx8
    vii) Daerah Segamat: https://forms.gle/Cj1D9GRpbsySK24C8
    viii) Daerah Tangkak: https://forms.gle/hs41Qm9PFabawodg7
    ix) Daerah Muar: https://forms.gle/EKgB6n893S68KP7C6
    x) Daerah Batu Pahat: https://forms.gle/BfZVAGuFRaXUWwYx6
  2. Isi alamat email anda dan klik butang ‘Next.’
  3. Isi maklumat peribadi anda dan klik butang ‘Next.’
  4. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  5. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen-dokumen berikut perlu dimuat naik sebelum menghantar permohonan iaitu:

  1. Salinan Kad Pengenalan.
  2. Salinan Kad Pengenalan Pasangan.
  3. Slip gaji pemohon atau pengesahan pendapatan (jika berkenaan).

Pertanyaan Lanjut

Pemohon yang mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak MAINJ di talian 07-2282929 atau menghantar email ke alamat [email protected]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.